in

Gara-gara Ingin Putuskan Hubungan, Lelaki Tekup Kekasih Dengan Bantal Hingga Maut

Tekup Muka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minda dan akal manusia ini merupakan sesuatu yang sangat kompleks, kadangkala tanpa disedari kita boleh melakukan sesuatu yang luar dari jangkaan malah, kondisi sekeliling juga menjadi faktor seseorang itu melakukan perbuatan yang ekstrem seperti mencuri atau membunuh.


Semalam, seorang remaja berusia 19 tahun diberkas oleh pihak polis ketika sedang melarikan diri selepas membunuh teman wanitanya.

Insiden yang berlaku di Kampung Pandan, Klang itu difahamkan berpunca apabila teman wanita kepada suspek ingin memutuskan hubungan mereka kemudian lelaki terbabit membunuh mangsa dengan menekup mukanya dengan bantal sehingga tidak sedarkan diri.

Dalam kenyataan media, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan rakan suspek.

Prtm

Berdasarkan laporan tersebut suspek difahamkan telah menghubunginya menerusi panggilan video aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 7.18 malam bagi meminta bantuan mengambilnya di lokasi tersebut.

“Ini berikutan suspek telah bertindak menekup muka seorang wanita tempatan berusia 24 tahun sehingga tidak sedarkan diri.

Polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dalam sebuah bilik rumah tersebut,” katanya.

Selain itu, suspek dikatakan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semoga pelaku menerima balasan yang setimpal…

Baca: “Dia layan bini cukup baik”- [VIDEO] Rakan Dedah Perangai ‘Sebenar’ Suspek Kes Bunuh Isteri & Anak

Collage 3

Sumber: PDRM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.