in

Gara-gara FB, Whatsapp & IG ‘Down’, Mark Zuckerberg Rugi Lebih AS$6 Bilion Semalam!

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan rakyat Malaysia je, tapi pengguna laman sosial FB, Whatsapp dan IG di seluruh dunia mengalami kesukaran dalam mengakses laman tersebut malam Isnin semalam! Mesti korang stress kan? Baru je nak wish good night dekat someone tiber Whatsapp reconnecting



120816327 Gettyimages 1211698393
Gambar hiasan

Tapi, bukan kita je yang terasa, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri mengalami kerugian sebanyak lebih AS$6 bilion (RM29.2 bilion) berikutan kes semalam!

Facebook Inc yang sebelum ini telah melakukan penjualan saham secara besar-besaran telah menyebabkan ia kerugian sebanyak 4.9%, menambah kepada kerugian kira-kira 15% sejak pertengahan September lalu. Disebabkan isu ini, kekayaan Mark telah merosot pada AS$121.6 bilion (RM507.8 bilion). Banyak gila guys!

Disebabkan kerugian itu juga, Mark jatuh satu anak tangga dalam senarai Top 10 individu terkaya di dunia di bawah Larry Ellison, seorang usahawan software Amerika Syarikat. Buat masa ni, Elon Mask masih lagi Top 1 individu terkaya di dunia.

Bayangkan baru berapa jam FB, Whatsapp dan IG ni ‘down’, dah berbilion Mark ni rugi. Min takboleh bayang kalau min jadi Mark, rugi seringgit pun min berkira!

Baca: Sedangkan Mark Zuckerberg pun orang boleh Zul Ariffin Buka Mulut Isu Video Lucah, Jadi Mangsa Deepfake? 

Video Zul 758X399 1

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.