in

Gara-gara Ditegur Tak Pergi Sekolah, Pelajar Tor*h Bapa Dengan Pisau

pelajar toreh bapa tak nak pergi sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya sebab ditegur tidak pergi ke sekolah, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sanggup bertindak menyerang bapanya hingga cedera.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.10 petang di kediaman mereka selepas pelajar Tingkatan Lima itu bersama bapanya dikatakan bertengkar akibat teguran terbabit.

“Dia (pelajar itu) tidak berpuas hati dengan teguran itu sebelum bertengkar dengan bapanya dan menyerang mangsa dengan pisau,” kata sumber.

Artikel berkaitan: Plot Twist! 4 Hari Teman ‘Jasad’, Anak OKU Disyaki Bunuh Bapa

Artikel berkaitan: Anak Tetak Kepala Bapa Di Tawau Kerana Syak Ada Hubungan Intim Dengan Isteri

3345154

Menurut Mohamad Lazim, mangsa yang berusia 47 tahun itu cedera pada belakang badan dan lengan kiri akibat ditoreh menggunakan pisau.

Difahamkan, mangsa sudah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Sementara itu, suspek kini direman tiga hari bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.