in

Plot Twist! 4 Hari Teman ‘Jasad’, Anak OKU Disyaki Bunuh Bapa

Anak Oku Teman Jasad Bapa Direman

Misteri bau busuk menyelubungi Flat Purnama di Bentong, Pahang sejak beberapa hari lalu terungkai apabila menemui mayat seorang lelaki warga emas yang menghuni sebuah unit di flat itu.

Media melaporkan mayat mangsa, Kan Kok Chong, 64, ditemani seorang anaknya yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) di dalam bilik rumah terbabit.

Difahamkan, anak lelaki mang­sa berusia 22 tahun, mempunyai masalah pembelajaran berada bersama bapanya yang telah meninggal di dalam rumah berkenaan selama empat hari serta cuba ‘menguruskan’ sendiri kematian warga emas itu di dalam rumah.

Cats 75

Ada kesan terbakar dan cedera pada mangsa

Namun, siasatan mendapati terdapat kesan kebakaran di lokasi kejadian dengan beberapa kecederaan di bahagian badan mangsa, lapor Harian Metro.

Susulan itu, anak lelaki mangsa kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

“Kami masih menyiasat mengenai aktiviti yang dilakukan ‘suspek’ sepanjang tempoh dia berada di rumah berkenaan (bersama) mayat mangsa (bapanya).

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat,” kata Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Difahamkan, isteri mangsa bersama anak kedua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di salah sebuah hospital di ibu kota sejak 19 Jun lalu.

Baca: Misteri Bau Busuk Terungkai, Anak OKU Rupanya Dah 4 Hari ‘Tinggal’ Dengan Mayat Bapa
Tinggal Dengan Mayat Bapa

Sumber: Astro AWANI