in

Anak Tetak Kepala Bapa Di Tawau Kerana Syak Ada Hubungan Intim Dengan Isteri

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari pasti ada saja kes bunuh berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru hari ini, seorang anak dipercayai menikam leher dan menetak kepala bapanya di suatu kejadian dekat Jalan Apas, Tawau.


sumber: forum cari

Suspek menikam leher Ali Nordin, 56, menggunakan pisau sebelum menetak kepalanya pula menggunakan parang.

Menurut satu sumber daripada Harian Metro,

Kejadian dipercayai berikutan suspek mengesyaki bapanya mempunyai hubungan intim dengan isterinya.”

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian yang berlaku sekitar pukul 3 pagi itu bermotifkan perkara tersebut ataupun tidak.

Lelaki itu yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah kemudian menikam perutnya sendiri sehingga mengakibatkan pendarahan yang teruk.

Bunuh Bapa Facebook Friends Of Borneo 20170518
sumber: malay mail
18485305 601946123345064 4345451473869321327 N
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Tawau, ACP Fadil Marsus, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melaporkan akan kejadian tikaman di kampung tersebut.

Sebaik sahaja mereka tiba di lokasi kejadian, mangsa telah ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Suspek yang cedera akibat menikam dirinya sendiri telah dibawa ke Hospital Tawau dan akan direman untuk siasatan nanti.

Dalam pada itu, polis telah merampas sebilah parang bersaiz 70cm, pisau 25cm, sebuah telefon bimbit dan botol minuman berkabonat dari rumah mangsa.

Minta dijauhkan perkara sebegini daripada terjadi lagi. Kalau ada masalah berbincang. Jangan melulu dalam membuat satu-satu tindakan. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.