in

“Galok sungguh aih!” – Video Viral Ombak Besar di Pulau Perhentian, Netizen Sakit Hati Tengok Gelagat Gedik Gadis-gadis Ni

Gediks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi ombak besar dan cuaca tidak menentu akibat ribut siklon Pabuk telah menimbulkan kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan pantai timur terutamanya betul-betul berdekatan dengan tepi laut.



Semenjak dari semalam, beberapa video yang menunjukkan situasi laut bergelora telah tular di media sosial dan salah satu darinya menunjukkan keadaan ombak besar di Pulau Perhentian Besut yang boleh tahan dahsyat. 

 

Ombak besar hentam jeti tapi gadis-gadis ni… 

Pun begitu, salah satu video yang dimuat naik kat Facebook ini telah menarik perhatian netizen untuk ‘membawang’ gara-gara gelagat beberapa orang gadis yang nampak ‘galok’ dan terjerit-jerit ketika ombak ganas menghentam jeti.

Scary kot admin tengok ombak tu. Tapi kenapa gadis-gadis ni gelak-gelak pulak… Emm pelik admin… 

 

“Jeti gegor dah ni, jeti gegor dah ni…” 

Malah dalam satu video lagi yang dimuat naik netizen, keadaan jeti dari arah lain juga menunjukkan keadaan ombak yang sama ganas macam tadi dan menghempas ke jeti sehingga keadaan jeti tersebut bergegar sedikit.

Salah seorang gadis yang merakam video tersebut menyebut, “Jeti gegor dah ni” tapi mereka masih nampak relax dan tak berganjak ke mana-mana pun daripada jeti tersebut. Fuh berani jugak eh dorang ni!

 

“Seronok ye hangpa boleh gelak-gelak macam betina gar*k, buat macam benda tu mainan” 

Rata-rata netizen yang melihat ketiga-tiga video kat atas memang anti betul dengan gadis-gadis yang ada dalam video tersebut disebabkan gelagat mereka yang dilihat sebagai gedik dan tak sensitif dengan keadaan.

Kalau difikir secara logik pun, mana-mana orang sepatutnya takut kalau melihat situasi macam ni jadi depan mata. Kebanyakan netizen beri nasihat supaya orang kat luar sana yang hadapi situasi ni banyakkan berdoa dan berzikir supaya dijauhi bencana buruk. 

Galok
sumber: facebook

Admin doakan semoga mereka yang berada di kawasan yang berdekatan dengan kejadian dalam keadaan baik dan sentiasa berhati-hati kalau berada dekat dengan laut. Jangan tiru aksi dalam video tu. Lebih elok elakkan diri daripada dekati pantai.

Baca: “Anak mati baru nak menyesal” – Dah Letak Bendera Amaran Tapi Pengunjung Masih Tak Endah Larangan Dekati Pantai?

Amarannnn 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.