in

Gagal Dapat Wang RM50,000, Perompak Takutkan Ibu Dengan Sorok Bayi 3 Bulan Dalam Kotak Polisterin

Kotak Polisterin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para wanita kat luar sana kalau di rumah bersama anak-anak tanpa suami menemani, berhati-hatilah. Penjenayah sekarang dah ada macam-macam cara nak kenakan mangsa.


Isnin lepas, seorang suri rumah berdepan dengan detik cemas apabila bayi lelakinya yang berusia tiga bulan hilang lepas disorokkan dua perompak dalam kotak polisterin di rumah dekat flat di Jalan Van Praagh, Jelutong, Pulau Pinang.

Menurut Astro AWANI, kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu terjadi apabila dua lelaki yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier datang ke rumah wanita itu.

Mereka kononnya datang mahu menghantar barang, namun sebaik wanita itu membuka pintu rumah, dia terkejut apabila salah seorang suspek mengacukan pisau dan mengarahkannya supaya tidak menjerit jika mahu selamat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek kemudian mengambil rantai emas mangsa bernilai RM1,200 sebelum meminta wang tunai sebanyak RM50,000 daripada mangsa.

Berang mangsa memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak itu, salah seorang daripada suspek kemudian mencapai bayi lelaki berusia tiga bulan dan menyembunyikannya sebelum melarikan diri.

Hati-hati semua.. Jangan sesuka hati biarkan orang yang tak dikenali masuk ke dalam rumah. Satu kejadian samun telah…

Posted by Penang Kini on Thursday, February 18, 2021

Suspek juga bertindak kejam dengan menyumbat mulut bayi berkenaan dengan tuala kecil sebelum menampalnya dengan pita pelekat. Adoi gilanya! Kesian baby tu… 

Wanita yang ketakutan itu segera mencari bayinya selama 30 minit sebelum menemui budak kecil tersebut di dalam kotak polisterin yang diletakkan di dalam sebuah bilik di dalam rumah mangsa.

Pun begitu, menurut polis, mujurlah mereka tidak mengapa-apakan anak perempuan mangsa yang berusia tiga tahun. Suami mangsa pula dilaporkan bekerja di Batu Kawan ketika kejadian berlaku.

Dalam pada itu, pihak polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurfaiz Fathi Marhom di talian 04-2825922 (sambungan 228).

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Alahai… apa salah baby tu sampai perompak ni nak sorok dalam kotak. Nasib baik tak lemas! 

Baca: [Video] Pencuri Cuba ‘Rembat’ Superbike Tapi Tak Reti Hidupkan, Akhirnya Acah ‘Sopan’ Tutup Balik Pagar

Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.