in

“Gaduh behind camera ok” – Azhar Sulaiman Tegur Fathia Latiff & Zarina, Minta Jangan Gaduh Secara Terbuka

Azhar Sulaiman Fathia Zarina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh satu minggu ini dengan kisah mengenai pelakon, Fathia Latiff yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi, termasuklah dikatakan bergaduh mulut dengan Zarina Anjoulie.


Susulan kekecohan ini, pelakon senior, Azhar Sulaiman telah memberi teguran kepada Fathia dan Zarina yang dilihat saling membalas kenyataan antara satu sama lain.

Artikel berkaitan: “Balik umrah tapi…” – Fathia Latiff Mengamuk Dengan Anju, Bengang Kena ‘Spill Tea’ Pasal Perangai Buruk

Artikel berkaitan: “Cerita pasal followers je” – Pernah Berkawan & Bergaduh, Zarina Anjoulie ‘Expose’ Pasal Fathia Latiff

“Bergaduh secara terbuka hanya akan membawa bad vibes” 

Menerusi postingnya di Instagram, Azhar mengakui yang Fathia dan Zarina adalah antara pelakon yang hebat dan cantik di masa muda dan dia juga terpesona dengan penampilan manis mereka berdua.

Namun dia juga memberi teguran agar mereka berdua untuk bergaduh ‘di belakang’ kamera kerana bimbang pergaduhan ini akan membawa aura tidak sihat dan memberi pandangan negatif orang ramai terhadap profesion lakonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Sebagai seorang abang yang disayangi, nasihat saya kepada kamu berdua… 

“Bergaduh secara terbuka hanya akan membawa bad vibes dan pandangan buruk orang ramai terhadap profesion lakonan kita. 

“Jadi tolong bergaduh di belakang kamera ok. Behar dan yang lain-lain yang terkesan bila netizen label kita semua macam hampas.

“Saya sayang kamu berdua. Tolonglah bersabar ya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat sokongan daripada para netizen yang berharap isu pergaduhan yang tercetus di antara kedua-duanya tidak lagi berlanjutan.

Apa-apapun kita doakanlah semoga Fathia baik-baik sahaja dan tak keluarkan lagi kenyataan yang kontroversi. Risau tengok posting dia pagi tadi. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.