in

Gadis Terkena Tembakan Rambang di Kepala Semasa Sambutan Tahun Baru

Page1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegembiraan dan keseronokan menonton pertunjukan bunga api sempena menyambut Tahun Baru bertukar menjadi peristiwa malang bagi seorang gadis dari Filipina.


Emilene Villanueva, terkena peluru tembakan di bahagian kepala ketika sedang menonton pertunjukan bunga api di luar rumahnya yang terletak di Malabon jam 11.45 malam, Sabtu lalu. Gadis berusia 15 tahun itu kemudian rebah di kaki lima akibat terkena peluru tembakan tersebut.

Emilene kemudian terus dikejarkan ke Pusat Perubatan Jose R. Reyes di Manila untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun doktor kemudian memberitahu peluru tersebut telah menembusi tengkoraknya dan ianya sangat berbahaya jika dikeluarkan secepat mungkin.

S3
sumber: inquirer news

Emilene yang dilaporkan kritikal dan koma selepas kejadian malang itu menimpanya diletakkan di unit rawatan rapi pembedahan hopital berkenaan.

Menurut Ketua Supritendan Kanan Polis Malabon, John Chua, pihak mereka sedang menjalankan siasatan dan memburu suspek yang melepaskan tembakan itu.

Siasatan masih dijalankan dan keputusan akan dikeluarkan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.” katanya

S4
sumber: philstar global

Doktor turut memberitahu harapan Emilene untuk hidup sangat tipis dan meletakkan risiko 50-50 dengan keadaannya yang kritikal itu. Peluru tersebut telah merosakkan rosak 50 peratus daripada otaknya selain turut menjejaskan bahagian-bahagian yang bertanggungjawab untuk bersuara, motor dan fungsi kritikal lain.

“Keadaannya tidak berubah dan tiada peningkatan.” kata doktor.

Bagaimanapun, Emilene dilaporkan mengalami serangan jantung dan kemudian disahkan meninggal dunia selepas 4 hari dalam koma. Kematian gadis itu disahkan oleh Dr. Christian Perolina pada jam 6.10 petang, Rabu lalu.

Emilene merupakan salah seorang daripada empat mangsa tembakan rambang semasa musim cuti itu. Polis tempatan turut menjelaskan bahawa suspek melepaskan tembakan itu dengan sengaja meskipun gadis berkenaan bukanlah sasaran.

S2

S5

Semoga keluarga dan rakan-rakan Emilene kuat selepas kehilangan orang yang mereka sayangi.

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.