in

Gadis Terkejut Jumpa Bekas Berisi Rambutnya Bawah Katil Bapa Teman Lelaki

Jar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hubungan percintaan tidaklah bahagia setiap masa, pasti ada dugaannya seperti perbalahan atau perselisihan faham. Apabila sudah semakin serius, sudah pasti pasangan akan dibawa berjumpa ibu bapa. Segala perasaan timbul seperti takut tidak disukai ibu bapa dan macam-macam lagi. Namun pengalaman yang dilalui gadis ini mungkin lebih teruk daripada apa yang dilalui oleh orang lain.

Seorang gadis dari Australia baru-baru ini melalui pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan telah berkongsi ceritanya di sebuah forum tempatan. Menurut gadis ini, beliau mempunyai hubungan yang dingin bersama bapa teman lelakinya selama ini.


“Kami sudah menjalinkan hubungan selama 5 tahun. Saya mempunyai masalah bersama bapanya sejak dulu lagi kerana beliau sering menuduh saya curang dan menjalinkan hubungan bersama ahli keluarga teman lelaki saya itu, termasuklah bapa saudaranya. Perkara itu membuatkan semua berfikir teman lelaki saya ‘syok sendiri’ dengan perhubungan kami.”

Dah 5 tahun pun tak okay ke dengan parents? 

Beliau kemudian memulakan cerita bagaimana kejadian yang dialaminya itu bermula.

“Dua hari lepas, pintu bilik tidur bapa teman lelaki saya terbuka dan dua ekor anak kucing kami bermain dan berlari memasuki bahagian bawah katil beliau.”

“Ketika sedang mencari anak kucing itu, kami ternampak 3 bekas. Selepas meneliti kesemuanya, salah satu bekas berisi cecair putih dan RAMBUT SAYA di bahagian bawah cecair itu.”

Filmeditor Shocked The Exorcist Gasp Ellen Burstyn

“Bekas kedua berisi madu, herba serta nama penuh saya yang tertulis di atas sehelai kertas. . Bekas ketiga pula berisi campuran madu dan herba.” 

Wuishhh, gila lahhh…

Guna

Sejurus menjumpai bekas-bekas itu, gadis tersebut terus mencari maklumat untuk mengetahui apa sebenarnya maksud di sebalik isi-isi kandungan itu. Yelah, siap ada rambut dengan nama lagi tu…

“Saya mencari maklumat di Google tentang ini tanpa henti dan semuanya mengatakan ianya adalah sihir cinta? Ada sesiapa yang pernah lalui kejadian begini dan boleh bantu beritahu saya tentang hal ini atau apa yang perlu saya lakukan dan bagaimana untuk mengendalikan situasi sebegini.”

“Selepas mengetahui perkara ini, barulah saya mengerti kenapa selama ini beliau menuduh saya yang bukan-bukan. Patutlah beliau selalu menunjukkan lagaknya seperti seorang teman lelaki yang cemburu. Malah, sering memandang saya dengan senyuman yang ‘gatal’.”

Mungkin bapa teman lelaki itu mahu hubungan mereka berakhir kerana sukakan gadis itu. Okay…Patutlah, tuduh macam-macam…

Witch Hocus Pocus Bette Midler

 

Orang ramai yang membaca cerita itu di forum terkejut dan berpendapat bahawa cerita itu mengerikan. Rata-ratanya memberikan pendapat apa yang perlu gadis ini lakukan.
“Kalau saya di tempat awak, saya akan lari. Jika dia sanggup lakukan perkara (sihir) sebegitu, tidak mustahil dia boleh mencederakan awak dan teman lelaki awak. Mungkin dia mempunyai masalah gangguan mental.”
Seorang pembaca turut memberikan komen yang agak munasabah,

“Apa yang teman lelaki awak katakan selepas mendapat tahu tentang ini. Suruh dia jumpa dan berhadapan dengan ayah dia tentang isu ini!”

Macam-macam lah dunia zaman sekarang ni. Ingatkan dekat Malaysia je ada kes sihir macam ni… Kalau terjadi pada anda, apa agaknya akan anda lakukan? 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.