Semalam, pihak polis berjaya menangkap semula penjenayah warga Indonesia yang terbabit dalam kes samun dan ragut.
Awal bulan ini, suspek berusia 27 tahun itu telah merogol seorang suri rumah sementara suami wanita itu sedang tidur di ruang tamu di Kampung Rantau Panjang. Lelaki itu dikatakan memakai bebola besi pada alat sulitnya untuk kepuasan seks ketika merogol mangsanya.
Selepas berjaya ditangkap, dia telah melarikan diri melalui tandas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira jam 3 petang kelmarin.
Hari ini, seorang gadis kongsi pengalaman menakutkan dialaminya apabila hampir dirogol penjenayah tersebut selepas melarikan diri.
Menurut gadis berusia 14 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Yana, dia bangun awal pagi semalam untuk bergegas ke Jabatan Imigresen bersama abangnya bagi membaharui pasport mereka.
Selepas bangun dari tidur jam 6.40 pagi, dia kemudian terus menuju ke tandas di luar rumah keluarganya di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Selangor.
Selesai mandi dan ketika mahu menuju ke rumah semula, dia ternampak susuk tubuh sedang berdiri di satu sudut di surau berdekatan.
Mereka berdua kemudian bertentang mata sebelum lelaki itu yang memakai topeng mengejarnya untuk merogol.
Yana yang terkejut dan berdiri kaku terus menjerit meminta tolong dan dua abangnya yang terdengar jeritan itu keluar rumah untuk melihat apa yang terjadi.
“Dia ingat saya tidak perasan, tetapi apabila saya memandangnya, dia terus kejar dan cuba untuk memegang tangan saya.
“Saya menolaknya dan menjerit sekuat hati. Dua abang saya yang sudah bangun dan sedang bersiap untuk ke Jabatan Imigresen, terdengar jeritan saya dan mengejar suspek.”
Namun selepas 15 minit mengejar dan berlaku pergelutan, mereka tidak berjaya menangkapnya. Lelaki itu kemudian bersembunyi di kawasan semak berdekatan Sungai Klang yang terletak di belakang rumahnya.
Bagaimanapun, ketika sedang cuba memanjat dinding untuk melarikan diri, seorang jirannya ternampak suspek sebelum memaklumkan kepada dua abangnya. Mereka bertiga kemudian berjaya menangkap suspek dan pihak polis tiba kira-kira jam 7 pagi untuk menahan penjenayah itu.
Menurut Yana lagi, dia pernah terjumpa lelaki itu beberapa kali kerana suspek tinggal berhadapan dengan rumah neneknya bersama isteri dan seorang anak.
Bukan itu sahaja, sebelum kejadian itu berlaku suspek terlebih dahulu telah mencuri duit raya lebih RM1,000 dari dalam beg tangan neneknya.
Dah kena tangkap lepas tu larikan diri, sempat lagi tu buat jahat! Nasib dah kena tangkap balik!
Baca: Pendatang Asing Gila Seks Masukkan Bola Besi Dalam Kemaluan Untuk Kepuasan Semasa Merogol