Tak ada angin tak ada ribut, pelakon Zizan Nin buat satu hantaran di Threads yang membuatkan ramai netizen terkesima dan pelik dengan persoalan yang disoalnya.
Dalam hantaran itu, Zizan bertanyakan jika ada individu yang ke masjid berkain pelekat memakai seluar dalam atau tidak.
Artikel berkaitan : “Sejajar dengan usia, kita semakin berumur, bukan makin muda”- Penampilan Terkini Tarik Perhatian Ramai, Ini Respons Zizan Nin
Artikel berkaitan : Meninggal Ketika Solat Maghrib, Warga Emas Rebah Di Surau

Apa yang mengejutkan lagi, Zizan seolah-olah mengakui bahawa dia tidak memakai seluar dalam semasa menyarungkan kain pelikat. Pendedahan itu dibuat apabila Zizan memberikan respon ‘geng’ ketika ada netizen membalas komen yang mengakui mereka tidak memakainya.

Rata-rata netizen melayan soalan yang diajukan oleh Zizan Nin dan ada juga berpendapat ia tidak wajar diajukan secara terbuka memandangkan Zizan merupakan figura awam yang dikenali ramai.
Dalam pada itu, ada juga yang mula rasa curiga jika akaun tersebut adalah benar-benar milik pelakon itu.
Sumber : Threads
