in

“Dah masuk 5 angka!” – Kes COVID 19 di Malaysia Lebih 10,000, Warga Emas Paling Ramai Terkesan Coronavirus

Kes Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dahulu, kes harian COVID 19 di Malaysia hampir mencecah angka sifar, nampaknya peningkatan kes sejak akhir-akhir ini membawa berita yang agak tak enak kepada kita semua.


Menerusi statistik yang dikeluarkan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, kes COVID 19 di Malaysia sudah mencecah lima angka dengan 10,031 kes pada 16 September lepas. Fuh itu kiranya dah lepas angka 10,000 tau! 

Eicicbcuwaazi7R

Menurut KKM, bukan saja kes aktif dengan kebolehjangkitan saja yang meningkat, malah kes positif COVID 19 yang sedang dirawat di ICU juga semakin meningkat.

Berikut data terkini bagi 15 orang pesakit COVID 19 yang kini dirawat di ICU: 

  • 3 pesakit perlukan bantuan pernafasan
  • 6 pesakit warga emas berusia 60 tahun dan ke atas
  • 9 pesakit dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 56 tahun
  • 9 pesakit daripada Kluster Sungai
  • 10 pesakit mempunyai latar belakang penyakit kronik; dan
  • 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara dan 1 pesakit dapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia

 

Ramai warga emas terkesan COVID 19 tapi… 

Tambah KKM lagi, warga emas antara golongan yang paling ramai terkesan dengan COVID 19.

Namun golongan yang lebih muda dan mempunyai penyakit kronik juga dikesan mempunyai gejala, penyakit dan komplikasi yang lebih serius sehingga perlu dimasukkan ke ICU untuk pemantauan rapi. 

Malah jika situasi ini berlanjutan fasiliti kesihatan negara perlu tampung beban yang tinggi semula.

Oleh dengan itulah, KKM meminta orang ramai terus mematuhi SOP COVID 19 tak kira tua mahupun muda kerana dengan cara inilah kita semua dapat memutuskan rangkaian jangkitan Coronavirus.

KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KESAdalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Rabu, 16 September 2020

Haa baca teguran Tan Sri Dr Noor Hisham kat atas tu? Korang pastinya tak nak PKP 1 dulu kembali semula kan? Jadi ikutlah saranan kerajaan dan KKM. Yang lain, kita doakan semoga wabak ini cepatlah terhapus daripada muka bumi.

Baca: “Sudah ada kes tidak bergejala tapi positif covid” – Kerajaan Disaran Buat Ujian Saringan COVID 19 Seluruh Kedah

Kedah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.