in ,

Fiza Mengamuk Kena ‘Ketuk’ RM23.60 Untuk 2 Bungkus Nasi Goreng Cina Kosong, Tapi Jawapan Mamak Sebaliknya…

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harga barangan keperluan termasuk makanan di kota besar seperti Kuala Lumpur biasanya adalah lebih tinggi daripada tempat-tempat lain, mungkin sebab kos sara hidup yang lebih tinggi di kawasan  bandar besar, tapi itu tidak bermakna harga yang dikenakan sampai ‘cekik darah’ pengguna.

Baru-baru ini bekas anggota Elite, Fiza Abdul Halim meluahkan rasa terkejut dan bengangnya atas tindakan satu restoran di Mutiara Damansara yang mengenakan harga ‘cekik darah’ dan ‘tak masuk akal’ sewaktu dia membeli makanan di situ.


“Just nak tanya korang…berbaloi ke dgn 2 bungkus nasi goreng cina kosong, utk anak2 saya, xde sayur xde ayam..just nasi dan telur shj..Qbistro charge rm23.60?”

“Terkejut beruk saya dengar bila cousin saya bawak balik nasi dan bil ni…Takkan nasi goreng bodoh mcm ni jatuh sampai rm11 lebih..”

Fiza dalam entrinya di instagram berkata, pekerja restoran tersebut sepatutnya melihat dahulu makanan yang dibungkus itu sebelum menetapkan harga bagi setiap makanan..betul jugak tu.

Katanya sebagai pelanggan, dia berasa tidak adil berhadapan situasi tersebut dan pada masa sama berharap restoran berkenaan dapat memantau cara kerja pekerja mereka.

Namun, restoran yang dimaksudkan oleh Fiza membalas kenyataan yang dibuat artis tersebut.

Jelaskan perkara sebenar dan jangan buat spekulasi!

 

Qbistro
Sumber : instagram

Restoran tersebut berkata pekerjanya sudah menjelaskan bahawa harga yang akan dikenakan tetap sama seperti buku menu meskipun nasi yang di ‘order’ tanpa lauk dan sayur.

staff kami sudah explain harga sama dalam menu book walaupun tanpa lauk dan sayur, customer bersetuju tetapi staff kami bungkus juga lauk dan sayur asing2 dan bagi kepada customer tersebut tetapi customer bagi balik bungkusan sayur dan ayam kepada staff kami..dan buat bayaran di kaunter…semua bukti ada di tangan kami.”

Malah restoran tersebut meminta Fiza untuk menjelaskan perkara yang sebenar dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan nama baik restoren tersebut..alamak mana satu yang betul sebenarnya ni?

Tapi rata-rata netizen menyokong tindakan Fiza selain mengatakan restoran tersebut sebagai ‘cekik darah’.

Report je..

Bapok Mahal Aihhh

Melampau sgt aihh…

Melampau Lak Ai

Harga tak masuk akal balighhh…

Harga Xmasuk Akal Baligh

Bagi admin, kalau boleh settle cara baik try la settlekan antara kedua-dua belah pihak, mungkin ada salah faham kan.

Baca : [VIDEO] Konon Kedai Mamak Padahal Siap Saji Daging Biawak!

Page2 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.