in

[VIDEO] Konon Kedai Mamak Padahal Siap Saji Daging Biawak!

Page2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Konon Kedai Mamak Padahal Siap Saji Daging Biawak!
Loading
/

Sebagai seorang Muslim, kita kenalah sentiasa cari makanan yang halal dan bersih. Lagi-lagi sekarang ni macam-macam taktik penjual guna untuk kaut untung. Tapi, kebajikan pelanggan, tak pulak dia fikir!


Baru-baru ni, seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Manan mendedahkan bahawa terdapat sebuah kedai mamak di Cheras yang menyamar seolah-olah kedai mamak Islam. Katanya,

“Lagi kedai makan hindu yang menyamar seolah-olah kedai mamak, Islam. Menggantung ayat-ayat al-Quran dan gambar-gambar seolah-olah mereka muslim.”

Biasanya kalau kedai mamak yang letak ayat-ayat al-Quran ni, pastinya pelanggan akan kunjung kerana menyangka ianya diuruskan oleh peniaga beragama Islam. Tapi hakikatnya, kedai ini diragui halalnya tu.

B1
sumber: facebook
B5
sumber: facebook

Bukan itu je, mengejutkan bila Abdul Rahim turut mendedahkan bahawa kedai ini memotong biawak dan daging tersebut dijadikan hidangan buat pengunjung yang datang. Yekkk!

Selain itu, Abdul Rahim mintak supaya orang ramai viralkan kedai ini yang juga didakwa sengaja menggunakan nama restoran mirip nama Islam. 

B2
sumber: facebook

Sementara itu, menurut Utusan, pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu restoran itu yang didakwa menyamar sebagai restoran mamak Islam ni.

Dalam satu kenyataan, KPDNHEP Selangor dah memakluman yang serbuan tu dilakukan susulan aduan yang dah tular dekat media sosial dan dakwaan pekerja di situ menyiang biawak serta menggantungkan gambar ayat suci al-Quran bagi mengaburi mata pengunjung.

Walau bagaimanapun, serbuan yang dilakukan bersama anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam mendapati restoran berkenaan tidak lagi beroperasi selain papan tanda di depan restoran tersebut telah pun diturunkan.

Mereka juga mendapati pagar di depan dan belakang kedai tersebut telah ditutup dan dikunci dengan mangga. Dah lari ke tu?

Loya tekak admin tengok video tu!

Baca: 6 Salah Laku Selalu Jadi Kat Kedai Mamak Tapi Sebenarnya Salah Di Sisi Undang-undang

Salahke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.