in

“Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket tu” – Zulin Aziz Sangkal Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam?

Zulin2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai Macau Scam ini nampaknya semakin berlarutan apabila ada dua selebriti lain pula dipanggil oleh pihak SPRM, disebabkan itu ada pihak yang mengaitkannya dengan pengacara dan pelakon Zulin Aziz sebagai salah seorang selebriti yang dimaksudkan itu.


Susulan dengan banyak pertanyaan dan fitnah yang membanjiri media sosial miliknya, Zulin Aziz tampil memberikan keterangan untuk menyangkal dakwaan tersebut.

 

Selagi tak disebut nama,selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku.”

Menerusi laman Instagram miliknya, Zulin menzahirkan rasa terkilan apabila dirinya terpalit dengan isu tersebut. Ini kerana identiti 2 orang selebriti yang dimaksudkan itu tidak didedahkan.

Kata Zulin, dia menerima banyak komen negatif yang bebaur fitnah terhadap dirinya. Disebabkan itu, Zulin yang kini sedang mengusahakan produknya sendiri membuat kenyataan secara terbuka bahawa dirinya bukanlah antara selebriti yang dipanggil SPRM itu.

Malah, dia juga menegaskan bahawa dirinya tidak ada kena mengena dengan sindiket tersebut, bahkan perniagaan yang dijalankannya itu tidak ada kaitan dengan individu-individu yang terlibat dalam Macau Scam itu.

Saya tidak pernah dipanggil,terlibat,dan ada kena mengena susulan dari kes ini,gambar saya disebarkan netizen hanya kerana saya mengenali mereka.

View this post on Instagram

Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi2,ckp memalukan lah apalah.Selagi tak disebut nama,selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku. . Disini saya jelaskan,saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community . Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka. Dmagia adalah kerjasama saya dengan syarikat sireh emas,boleh google kalau tak tahu. . Saya tidak pernah dipanggil,terlibat,dan ada kena mengena.susulan dari kes ini,gambar saya disebarkan netizen hanya kerana saya mengenali mereka. . Anda juga pernah ada kenalan. Kalau @emeliehanif_ ke @ayranasir_official ke kena tangkap,logiklah saya dipanggil sprm. . Kalau saya diminta untuk bagi keterangan,apa yg saya boleh kongsi ; Saya pernah pergi majlis hari jadi anaknya Saya pernah bercuti di itali pakai duit sendiri Saya pernah masakkan mereka asam pedas ikan pari . Sekian dari saya untuk bantu siasatan. Haih?. . Hang tolonglah @viral_kini_ sampaikan kat yg cmmnt kat hang tu. aku dah stress asyik kene fitnah??‍♀️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Namanya terpalit dalam kontroversi ini berikutan dengan gambar Zulin bersama individu terlibat tular di media sosial sebelum ini.

Malah, Zulin juga akui mengenali mereka tetapi itu tidak bermakna bahawa dirinya terkait dengan kegiatan itu.

 

Baca : Macau Scam: Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Popular Akan Dipanggil Membantu Siasatan SPRM

Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.