in

Filem Keenam Francais Kampung Pisang Bakal Temui Peminat Tidak Lama Lagi

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja tentang Kampung Pisang, pasti kita semua terbayangkan francais filem cetusan pengarah Mamat Khalid yang menjadi fenomena sejak pertama kali ditayangkan dapa tahun 2007.


Kali terakhir filem daripada francais Kampung Pisang yang ditayangkan adalah Hantu Kak Limah pada tahun 2018.

Kaklimah1308

Dengan sambutan yang sangat menggalakkan, Hantu Kak Limah berjaya meraih kutipan sebanyak 36 juta, meletakkan filem ini dibelakang Munafik 2 (RM48 juta) dalam senarai kutipan filem tempatan tertinggi sepanjang zaman.

3 4

Terbaru, pengarah terkenal Aziz M. Osman ada memuat naik sebuah poster ‘Kampong Pisang Bersiri Siri’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“…sedang berhempas pulas nyiapkn”

Difahamkan, filem tersebut masih dalam penggambaran dengan Awie yang membawa watak Husin sebagai pelakon utama. Awie juga sering memuat naik gambar set lakonan filem francais ini, sekaligus mencetuskan keterujaan para peminat.

1 11

Capture 9

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut daripada pihak produksi sama ada filem ini akan ditayangkan di televisyen ataupun platform penstriman video.

Sama-sama kita nantikan!

 

BACA: Muzium Godzilla Dibuka Di Jepun, Pengunjung Boleh Main Zipline Masuk Ke Mulut Raksasa

Xxx 3

 

Sumber: MalayMail
Sumber: Wikipedia
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.