in

Filem Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33, Turut Raih 6 Lagi Trofi Di FFM

Imaginur filem terbaik Festival Filem Malaysia 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, majlis anugerah Festival Filem Malaysia yang ke-33 telah pun berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Filem Imaginur yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle itu telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem itu, mengalahkan calon-calon lain yang tak kurang hebatnya iaitu Abang Adik, Mechamato Movie, Sheriff, Rain Town, Hungry Ghost Diner dan Duan Nago Bogho.


1 1

Selain anugerah Filem Terbaik, filem cinta yang menerapkan elemen fiksyen sains iaitu hipnosis itu turut membolot enam lagi trofi di FFM malam tadi.

Pengarah filem tersebut, Nik Amir turut diumumkan sebagai Pengarah Terbaik.

Artikel Berkaitan: “This is batik Malaysia” – Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: 7 Filem Yang Paling Dinanti-Nantikan Tahun 2024

Pelakon utama Imaginur iaitu Beto Khusyairy pula berjaya memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula diraih oleh Susan Lankester menerusi filem Rain Town.

Selain itu, filem Imaginur itu juga turut membawa pulang anugerah Penataan Seni Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Penyunting Terbaik.

2

Lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari juga turut memenangi anugerah Lagu Tema Terbaik untuk filem Imaginur ini.

Tahniah diucapkan buat barisan pelakon dan team belakang tabir filem Imaginur atas anugerah-anugerah yang dimenangi! 

Sumber: Berita Harian

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.