in

Mawi Perjelas Kenapa Filem Mat Kilau Berjaya Raih Kutipan RM12 Juta Tapi Tak Balik Modal

Page Mat Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan bermula 23 Jun lalu semakin menjadi sebutan orang ramai selepas kualiti lakonan dan juga nilai moral yang diterapkan dalam filem arahan Syamsul Yusoff itu.



Setakat 27 Jun lalu, filem epik Melayu itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM12 juta dalam masa baru empat hari tayangan hasil sokongan luar biasa rakyat Malaysia dan kejayaan ini turut disambut baik oleh penyanyi, pengarah dan juga penerbit iaitu Mawi.

Mawi yang meminta netizen untuk terus memberikan sokongan kepada filem itu selepas memuat naik video di TikTok @cahayaasmawi menceritakan bahawa keuntungan RM12 juta itu belum cukup untuk kos balik modal pihak produksi.

@cahayaasmawi

FILEM ‘MAT KILAU’ KUTIP RM12 JUTA TAPI BELUM ADA UNTUNG.MODAL PUN TAK BALIK LAGI WEEIIII !!! KITA KENA PASTIKAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DENGAN MENONTON ‘MAT KILAU’ DI PAWAGAM SEKARANG ! JOM JOM ! #MatKilau #FilemMalaysia #Fyp #Film #Filem #Malaysia

♬ original sound – cahayaasmawi – cahayaasmawi

“Lepas bayar cukai, kena bayar pihak pawagam pula”

Ini kerana, pihak produksi mengeluarkan kos sebanyak RM8 juta untuk menghasilkan filem Mat Kilau yang mana sekiranya pembahagian RM12 juta itu dibahagikan kepada pembayaran cukai hiburan dan bayaran kepada pihak pawagam, ianya belum cukup untuk pulang modal.

Mat Kilau 1

“Filem tu ditayangkan di pawagam, jadi bayaran cukai hiburan kena bayar sebanyak 25%. Untuk minggu pertama pula, agreement pihak pawagam dengan pihak penerbit ni 50-50” – Jelas Mawi

“Sekurang-kurangnya kena dapat RM20 juta dalam seminggu”

Dari pengiraan yang turut dibuat oleh Mawi, dia mengatakan bahawa 25% dari kutipan RM12 juta itu perlu ditolak untuk bayaran cukai dan jumlahnya adalah sebanyak RM3 juta menjadikan baki kutipan RM9 juta.

Mawi 1

“RM9 juta itu pula perlu bahagi dua antara pihak penerbit dan juga pihak panggung wayang. Selepas bahagi maka tinggallah RM4.5 juta. Jadi, masih belum balik modal sebab modal nak buat RM8 juta.” – Tambah Mawi

Bukan tu je, Mawi turut mengatakan bahawa sekurang-kurangnya RM20 juta diperlukan untuk kutipan dalam minggu pertama tayangan untuk membolehkan ianya pulang modal sebanyak RM8 juta sebelum jumlah peratus untuk pihak pawagam meningkat sebanyak 5% setiap minggu.

Min baru nak tengok weekend ni. Hihihi…

Baca: “Pakai tu tak salah” – Penonton Mat Kilau Yang Bertanjak Diminta Tanggalkannya Ketika Menonton Sebab Halang Pandangan

Untitled 1 19

Sumber: Kosmo Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.