Kemelut masalah rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle nampaknya masih belum bertemu jalan penyelesaian yang terbaik.
Semalam, menerusi rancangan Melodi, Farid ada mendedahkan punca kononnya yang menjadi sebab Diana Danielle menuntut cerai darinya.
Insiden ‘petik cili’ jadi punca?
Menurut Farid, ia dikaitkan oleh insiden ‘petik cili’ yang melibatkan anaknya Aurora yang dikatakan trauma hingga tidak mahu bertemu dengan bapanya sendiri, lapor Harian Metro.
“Saya rasa terhina sangat apabila diperlakukan seperti ini. Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Saya buat apa? Apa dosa besar yang saya buat? Tolong jelaskan.
“Kalau Aurora trauma pasal ‘petik cili’ ini, Diana kena terangkan betul-betul pada semua orang, pada saya. Kalau saya nak cerita mengenai insiden ‘petik cili’ ini, ia lebih kepada mengaibkan.
@melodiberapi Akhirnya pelakon Farid Kamil dapat berjumpa dengan anaknya iaitu Muhammad.. Nak tahu cerita selanjutnya jangan Lupa saksikan laporan penuh sebentar sahaja lagi.. 🔥🔥 #meloditv3 #faridkamil #ceritaartismalaysia #dianadanielle #fypシ゚viral #panas #sensasi #tv3 #fypシ゚viral🖤tiktok
Apa yang berlaku, Aurora masuk ke rumah jiran dan petik pokok cili. Saya nampak, sebagai bapa saya cakap pada dia, Aurora awak buat kerja salah, masuk rumah orang, ambil barang orang ‘consider mencuri. Babah ajar ke, ibu ajar ke, siapa ajar dia buat macam itu. Dia kata tiada siapa yang ajar.
“Saya suruh kawan dia balik dan denda Aurora. Saya kata Aurora nak kena rotan ke atau stand (berdiri) di dinding untuk denda. Jadi, dia pilih untuk pergi ke dinding. Sedang dia jalani denda itu, Diana sampai dan dia tak puas hati dengan apa yang saya buat pada Aurora,” jelasnya.
Farid juga menambah, sebagai ketua keluarga, dia cuba menerapkan cara didikan pada era 90-an yang mana pernah dilakukan keluarganya pada anak-anak, namun ia tidak mendapat persetujuan Diana.
Semasa temubual itu dirakam Melodi, Farid dilihat hanya dapat bertemu dengan anak lelakinya, Muhammad, 10 dan tujuannya ke rumah kelamin mereka adalah atas kebenaran mahkamah selain ingin mengambil barangan peribadi di rumah itu.
“Siapa kata insiden petik cili REASON i ask for divorce?”
Setelah tular kenyataan daripada Farid, Diana Danielle menerusi IG story tampil memberi penjelasan dengan mengatakan bahawa insiden petik cili bukanlah sebab dia memohon cerai.
Menurut Diana, dia telah meminta cerai dua hari sebelum insiden tersebut berlaku dan Farid juga didakwa telah menyuruh dia melakukan hal tersebut serta meminta ia dipercepatkan.
Sekarang tiba-tiba berlaku keliru?
“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah sebabnya berlaku shiqaq berpanjangan. Incident petik cili membawa kepada Aurora sehingga sekarang takut untuk jumpa dia.
“Awak nak saya paksa dia hanya untuk buat orang lain gembira?” tulis Diana.
Tambahnya lagi, Diana tidak mahu orang lain berprasangka bahawa dia mempengaruhi Aurora berkaitan apa yang kanak-kanak itu rasakan mengenai ‘insiden’ tersebut.
Aurora juga menurutnya mengambil masa berminggu-minggu untuk berhenti menangis bila mereka menyebut akan nama Farid dan insiden berkenaan.
“Kalau awak rasa ia satu insiden kecil, itu awak. Awak tak boleh menidakkan apa yang ia rasa buat dia.
“Dia boleh buat perkara itu hal kecil, tapi kemarahan yang saya lihat pada hari itu bukanlah kecil. Kalau ia kecil, kenapa bila saya telefon polis untuk ambil kami keluar dari rumah itu, polis ketuk pintu, dia tak buka?
“Mereka ketuk pintu berjam lamanya. Menunggu saya ambil anak-anak menerusi pintu hadapan, tapi sebaliknya kami terpaksa memanjat turun kerana dia enggan membuka pintu depan. Kenapa?” tulisnya lagi.
“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang Bin/Binti anak?”
Tak cukup dengan itu, Diana juga menerusi satu lagi IG story menerangkan panjang lebar tentang apa yang berlaku antara dirinya dan Farid.
Menurut Diana, Farid juga didakwa sudah empat bulan tidak membayar nafkah kepadanya, malah trip mereka ke Mekah juga ditanggung Diana seluruhnya.
Farid ada berjanji untuk bayar semula kos flight dan hotel untuk dirinya sahaja namun perkara itu hanya tinggal kata-kata.
Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.
Berkenaan dengan isu ‘petik cili’ itu, Diana berkata, Farid telah mula menengking anak-anaknya sehari sebelum kejadian berlaku lagi dan ia berlanjutan sehingga ke hari insiden petik cili itu berlaku.
Aurora dikatakan telah menggigil meminta tolong sehinggakan kanak-kanak itu tidur di atas lantai berlapikkan sejadah.
“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang Bin/Binti anak? Kenapa suruh i filekan permohonan buang nama you dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu?
“You panggil Melodi datang rumah I, buat cerita sedih, tell half truths, you nak imply semuanya tak berasas.
“I never wanted to say anything, I never wanted to publicly tell my truths but since you insists to keep calling media and attention to garner sympathy, then you leave me no choice.
“We will continue the rest of it in court,” katanya lagi.
Apa-apapun, kita doa sahajalah yang terbaik buat mereka berdua…
Baca: “Sebelum ni okay sahaja” – Adik Farid Kamil Persoal Sebab Anak Diana Trauma