in

Fahmi Fadzil Minta Ibu Bapa Maklum, Anak Bawah 13 Tahun Tidak Dibenarkan Miliki Media Sosial

Mcmc 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu tentang pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak bawah umur sering menjadi perdebatan sejak dahulu lagi.


Terbaharu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan kepada golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka yang berusia bawa 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial.

Mcmc 1
Sumber: bernama

Tak sesuai guna media sosial

Kata Fahmi Fadzil, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mendapati kanak-kanak berusia bawah 13 tahun tidak sesuai menggunakan mana-mana platform media sosial.

Artikel berkaitan: Kecoh Kandungan Lucah Di YouTube Diakses Murid Tahun 1, Fahmi Fadzil Akan Jumpa Google

Artikel berkaitan: Fahmi Fadzil Perjelas Isu ‘Koyak’ Masa Buat Live TikTok, Sampai Keluar Ayat ‘Polis Singgah Rumah

Sebenarnya, kebanyakan platform media sosial itu sendiri telah membuat syarat khas untuk golongan tersebut tidak memiliki akaun media sosial.

Kepada ibu bapa yang hadir pada malam ini, saya beri amaran daripada MCMC, anak-anak bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

Fahmi menjelaskan, cara pendaftaran akaun media sosial ketika ini tidak mempunyai kaedah pembuktian yang boleh memastikan pengguna tersebut sudah melebihi syarat usia yang dibenarkan.

MCMC berhak sekat 

Bagaimanapun, kata Fahmi, ibu bapa perlu maklum kepadanya dan MCMC sekiranya mendapati anak-anak mereka mempunyai akaun media sosial. Jadi, pihaknya akan menutup akaun tersebut.

Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun miliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC.. kita akan shut down (tutup) akaun tersebut.

Dalam pada itu, pihak MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pihak Meta yang menguruskan aplikasi Facebook, Instagram, WhatsApp termasuklah pihak Telegram untuk membuat perancangan bagi menangani isu pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak bawah 13 tahun.

Kita lihat ada beberapa perkara daripada pihak media sosial yang peru dimaklumkan kepada kita dahulu.

Harapan saya menjelang awal Mei ini, akan ada pengumuman mengenai perbincangan dengan semua platform media sosial khususnya berhubung keselamatan dalam talian yang berkaitan anak-anak.

Perkara ini dimaklumkan oleh Fahmi Fadzil ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park @ Lembah Pantai, lapor BERNAMA.

Benda macam ni perlu tegas untuk kanak-kanak bawah usia..

Sumber: BERNAMA

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.