in

“Everyday aku dapat makian tak boleh beli sambal” – Khairul Aming Risau Kena ‘Cancel’ Dengan Netizen

Ppl Make Mistakes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat segelintir artis termasuklah penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mendapat kecaman hebat daripada netizen gara-gara isu perlanggaran SOP PKPB.


Disebabkan isu tersebut, artis-artis ini telah di’cancel’ oleh netizen atau dalam erti kata lain sudah ‘dipangkah’ atau tidak relevan lagi yang mana sekaligus membuatkan netizen tidak memberikan sokongan kepada mereka lagi.

Budaya ‘cancel’ ini sebenarnya telah menimbulkan kerisauan di hati instafamous terkenal, Khairul Aming yang telah meluahkan hal tersebut di ruangan Twitternya.

Khairul Aming 1024X1024 1

 

“4 tahun buat content, ini first time aku tak enjoy” 

Menurut Khairul, sejak akhir-akhir ini dia merasa agak bingung dan takut untuk buat salah kerana bimbang tidak dapat memenuhi kehendak netizen sehingga dia boleh kena ‘cancel’ pula dengan mereka.

“Sejujurnya banyak dm aku dapat setiap hari yang mintak buat itu ini, mintak aku berhati-hati takut orang nak jatuhkan. 

“I appreciate the dm tapi benda ni tak membantu sebenarnya. Aku anxious setiap hari sbb tak tahu what can go wrong today,” tulisnya.

 

“Jangan puji seseorang sangat-sangat, takut mereka akan kecewakan awak” 

Tambahnya lagi, pujian yang melambung-lambung diterimanya membuatkan dia berasa takut tidak dapat memenuhi kehendak orang ramai.

Malah Khairul juga berkata, dia hanyalah seorang lelaki yang gemar buat video masakan dan dia juga ada buat kesalahan cuma orang lain saja yang tak tahu mengenai hal itu.

Everyday aku dapat makian orang tak boleh beli sambal, orang maki kenapa tak reply dm, maki kenapa aku tak nak review product dia, maki kenapa aku tak upload video on time.”

 

“If one day kena cancel pun, it’s ok aku redha je” 

Perkongsian Khairul Aming ini telah mendapat lebih 11,000 retweet dan rata-rata netizen mendoakan supaya dia terus tabah dan ambil masa untuk rehatkan diri setelah terlalu penat berkarya dan memberikan terbaik buat semua.

Salute dengan Khairul Aming! 

Baca: “Housemate paling untunggg dalam dunia” – Share Masakan Sahur, Netizen Jeles Housemate Khairulaming Makan Sedap Setiap Hari

Aming

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.