in

“Entah saya tak tahu!” -Zahid

Iklan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan tentang usahanya berjumpa dengan Menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja Melayu beberapa tahun lalu bagi mendesak mereka menggantikan Datuk Seri Najib.


Ini adalah susulan hasil siasatan SPRM pada 2015 tentang isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi Najib yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia.

22 5
sumber: malaysiakini

Usahanya pada ketika itu gagal kerana hanya tiga orang menteri sahaja yang berani bersuara iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Menurut Malaysiakini, bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa dia pernah bertemu dengan Shukri berhubung desakan untuk menolak Najib.

“Itu di luar pengetahuan saya.”

11 6
sumber: malaysiakini

Setelah beliau ditanya lagi berkenaan hal itu, Zahid masih menafikan dan bertanyakan soalan kepada Dato’ Seri Hishammuddin Hussein pula.

“Saya? Entah, saya tak tahu. Dato’ Hisham, dia (Shukri) ada jumpa kamu? Saya tak tahu, kami bukan dalam Kabinet,” kata Zahid sebelum mengelak kepada soalan yang lain.

Diminta mengulas tentang Najib yang dipanggil untuk memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM semalam, Zahid menyatakan bahawa pihaknya menghormati prosedur itu namun penguatkuasaan perlu mengikut masa yang sesuai.

33 3
sumber: malaysiakini

“Saya fikir itu prosedur SPRM dan kita hormati tatacara dilakukan asalkan dibuat pada waktu yang bersesuaian.”

“Kami rasa tatacara itu harus dihormati semua pihak. Yang kami tak begitu berkenan apabila waktu-waktu tak sesuai tindakan dilakukan oleh agensi penguatkuasaan.”

Pulak dah…. Mana satu kita nak percaya ni… Apa pendapat korang?

Baca: “Hanya 3 menteri berani bersuara”

Hi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.