in

Enggan Gunakan Ivermectin Untuk Rawatan Cegah Penularan COVID 19, PPIM Buat Laporan Polis Terhadap KKM

Ppim Buat Laporan Polis Terhadap Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah membuat laporan polis ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan untuk mencegah penularan wabak COVID 19.


Menurut Berita Harian, laporan polis itu dibuat pada jam 11 pagi dekat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri oleh aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Nadzim Johan

PPIM dalam satu kenyataan juga berkata laporan ini dibuat sebagai inisiatif inklusif pertubuhan NGO itu dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif sebagai usaha untuk cegah COVID 19.

Keengganan KKM dalam mempertimbangkan keberkesanan penggunaan Ivermectin ini juga menurutnya adalah satu kesalahan jenayah.

Walaupun KKM sudah mendapat nasihat dan surat daripada doktor pakar di Malaysia mengenai Ivermectin, namun keengganan KKM seakan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat.

“Sudah banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus dan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83 peratus.

“Selain itu sudah banyak juga percubaan prophylaxis menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini,” katanya.

Ivermectin 1794C8Dfc62 Large 1624418248

Tambah PPIM lagi, jumlah kematian akibat COVID 19 juga semakin bertambah setiap hari dan jika lebih lambat, ia sudah pasti akan bimbangkan banyak pihak.

Menurutnya, kita harus bersikap terbuka dan menerima pandangan pihak lain selagi ia terbukti berkesan bagi mencegah penularan COVID 19.

KKM dalam pada itu juga digesa membuat kajian lanjut dan menerima kaedah rawatan menggunakan Ivermectin dengan membangunkan protokol rawatan yang selamat secara menyeluruh.

 

Belum ada bukti koklusif untuk penggunaan Ivermectin 

Pada awal bulan ini, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID 19 yang berisiko tinggi di 12 hospital bawah kementerian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

Ia digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Bagaimanapun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID 19.

Penggunaan ‘off-label’ Ivermectin meraih perhatian global berikutan ada beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.

61612590647 Ivermectin

Bagaimanapun FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID 19 ke atas manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan.

Moga ada jalan keluar dalam permasalahan ini yang membawa kepada kebaikan semua pihak. 

Baca: KKM Ramal Kes Bakal Turun Ke 4,000 Akhir Bulan Ini Jika Kadar Jangkitan Kekal Pada 0.9

Kes Turun Malaysia

Sumber: Ismaweb
Sumber: BH
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.