in

KKM Ramal Kes Bakal Turun Ke 4,000 Akhir Bulan Ini Jika Kadar Jangkitan Kekal Pada 0.9

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak sembilan hari lalu, kadar jangkitan Covid-19 di Malaysia didapati terus menurun dengan nilai R-naught (r0) kurang dari 1.0.


Berita baiknya, jika kadar jangkitan kekal pada angka 0.9 dan ke bawah, kes Covid-19 dijangka akan menurun sehingga 4,000 pada akhir bulan ini.

Menerusi infografik yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya, dengan kadar jangkitan pada 0.92 semalam, situasi Covid-19 di negara ini dijangka akan jadi lebih baik selepas dua minggu tempoh lanjutan lockdown.

Untuk pengetahuan korang, kadar jangkitan ini diukur menggunakan nilai r0, sebagai contoh jika nilai r0 adalah 1.5 ini bermakna seorang pesakit Covid-19 boleh menjangkiti virus ini kepada 1.5 orang lain.

Walaupun kadar jangkitan telah menunjukkan penurunan, kes Covid-19 di Malaysia masih lagi banyak dan setiap hari hampir 100 orang meninggal dunia dan unit rawatan rapi (ICU) kini beroperasi dalam kapasiti maksimum.

71618314454 Ismailsabrimajlis

Ini bermakna, walaupun angka kes positif semalam telah pun turun ke bawah 5,000 ini tak bermakna kita boleh ambil nafas lega dan bersikap sambil lewa. Kita masih perlu bekerjasama bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 di negara kita.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan yang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini akan dikaji semula selepas kes harian di Malaysia turun ke 4,000 kes.

Namun menerangkan yang dia bukan mahu menamatkan PKP 3.0 ini tapi melonggarkan SOP sedia ada dan menambah, PKP hanya akan berakhir sepenuhnya sekiranya negara kita berjaya mencapai sebanyak 60% imuniti kelompok, lapor Awani.

 

Baca: Kadar Jangkitan Covid-19 Turun Bawah 1.0 Kali Pertama Sejak April Lalu

Screenshot 2021 06 15 At 1.03.01 Pm

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.