in

“End of day, saya akan tidur dengannya atas katil” – Syamsul Yusof Ingatkan Puteri Sarah, Dia Masih Suaminya

Ft Syamsul Yusof Puteri Sarah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika disoal tentang perasaannya terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah, pengarah dan pelakon itu akui bahawa dia masih sayangkan dia. Menerusi Gempak, Syamsul mengatakan bahawa dia mahu jalankan tanggungjawab sebagai suami kepada kedua-dua isterinya itu.


“Nak buat macam mana, saya masih sayangkan dia”

Kata Syamsul lagi, dia masih ingin selamatkan rumah tangganya lagi. Biarpun buruk sekalipun isterinya, tak kisah samada Sarah atau Ira, mereka berdua adalah tanggungjawab dia.

“Saya harus bimbing mereka walaupun tidak sempurna, saya tetap kena bimbing dia juga.”

Jelas Syamsul lagi, dia masih mahu bincang secara peribadi dan rasional dengan Puteri Sarah kerana tidak suka dengan cara isterinya menghebohkannya di media sosial seperti ibarat membuka aib mereka.

Screenshot 2023 03 24 175111

“Saya masih mengharapkan lagi untuk kita berbincang macam mana. Bukan dengan cara pergi mahkamah dan uar-uarkan di media sosial. Ada jalan lebih baik daripada kita nak terus membuka aib sesama sendiri. Ini bukan satu pertandingan.”

“Cerita rumah tangga, urusan dalam kain. Macam seronok sangat. Adakah ini satu hiburan kepada Sarah?

“Dan, jangan lupa saya masih suami dia walau apapun, end of the day, saya akan tidur dengan dia di atas katil, dengan dia (Sarah). Bukan dengan wartawan, bukan dengan netizen.”

Harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan kadar segera.

Baca : “Saya sudah penat” – Proses Damai Gagal, Puteri Sarah Nekad Nak Cerai

Ft Puteri Sarah Nekad Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.