Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal menemui jalan penyelesaian apabila pelakon Puteri Sarrah Liyana tetap dengan pendiriannya untuk bercerai dengan suaminya Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.
Kata aktres itu lagi, tiada sebarang perkara yang perlu dirundingkan lagi kerana hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Tekad guna Hakam kalau Syamsul enggan lafaz cerai
“Saya masih kekal dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai. Cukup-cukuplah, saya sudah penat.”
Kata Puteri Sarah kepada Kosmo! Online lagi, proses JKP itu dilakukan setelah mendapat arahan daripada Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas pada 7 Mac lalu. Tambah Puteri Sarah, dia memang tak nak bersemuka dengan Syamsul Yusof.
“Saya memang tak mahu bersemuka dengannya dan meminta kami bertemu dengan JKP secara berasingan. Saya minta dilepaskan.”
“Apa yang disebutkan tadi di hadapan ustazah akan dibawa kepada sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada April depan. Kalau dia (Syamsul) tak nak juga (lafazkan cerai), saya akan gunakan hakam.”
Menurut sumber, dalam proses itu, Puteri Sarah ditemani adiknya, Puteri Sofea, manakala Syamsul pula membawa sepupunya.
7 Mac lalu, pasangan tersebut telah diperintahkan oleh Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Baca : “Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti” – Ibu Syamsul Yusof ‘Back Up’ Menantu Isu Nusyuz