Boleh dikatakan sejak beberapa harini, kecoh di laman media sosial mengenai penyakit misteri yang sedang di alami oleh pelakon cilik Puteri Balqis.
Walaupun kanak-kanak itu sudah berubat di hospital, namun menurutnya doktor masih belum dapat mengenalpasti penyakit sebenar yang menyerangnya itu. Apa yang pasti dia mempunyai masalah dalaman sahaja.
Bukan itu sahaja, ramai netizen yang terus membuat spekulasi sendiri di mana, nama pelakon itu berkemungkinan menjadi penyebab berlakunya penyakit misteri ini. Pulak dah?
Ada yang berkata, nama Balqis adalah tidak bersesuaian untuk digunakan kerana ia mereka yang menggunakan nama itu dikatakan boleh mudah di serang penyakit misteri.


Namun begitu, kita sebagai umat islam yang percaya bahawa segala benda yang berlaku sudah ditentukan oleh pencipta sepatutnya tidak boleh mempunyai kesangsian terhadapnya.
Tweet mengenai perkara ini juga telah dibalas oleh seorang ustaz di laman Twitter. Menurutnya mempercayai nama yang boleh membawa kepada perkara buruk adalah syirik.
https://twitter.com/AdDien90/status/1216725951809114113?s=20
Perbuatan ini dilarang agama. Kenyataan ustaz tersebut juga disokong dengan penjelasan daripada laman web mufti mengenai isu ini.
Khurafat dan bercanggah dengan aqidah
Menurut portal Pejabat Mufti Wilayah, hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dilakukan, mereka tidak menjumpai apa-apa penjelasan yang berasas mengenai dakwaan sesuatu nama yang telah diberi itu terlampau berat untuk digunakan oleh seseorang.

Bukan itu sahaja, mempercayai sesuatu nama itu boleh membawa kepada perkara buruk boleh menyebabkan ia jatuh khurafat.
“Kepercayaan ini juga kami khuatiri bercanggah dengan aqidah yang sejahtera yang wajib diimani kesemua muslim iaitu hanya Allah SWT sahaja yang boleh beri manfaat atau mudarat” Mufti.
Oleh yang demikian, sebagai umat islam, jangan mudah percaya bahawa sesuatu nama tu boleh membawa kepada berlakunya perkara buruk.