Salah satu ancaman dalam melakukan perniagaan orang kita adalah sifat hasad dengki pesaing yang sampai ke tahap sanggup melakukan perkara khurafat dan syirik untuk menjatuhkan kita.
Banyak kali kita menyaksikan akan ada benda-benda aneh di tempat perniagaan didedahkan menerusi media sosial, namun kali ni, Danial Iskandar menunjukkan kelakuan pelaku sedang melakukan perkara khurafat itu.
Artikel Berkaitan : Khurafat! Ustaz Adnin Beri Penerangan Isu Dakwaan Kononnya 13 September Turun Bala
Artikel Berkaitan : Terseksa Muntah Paku, Scammer Mohon Maaf Kepada Pembeli Lepas Disantau
Dalam yang berdurasi 47 saat, itu menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek sedang tunduk meletakkan sesuatu di hadapan premis sebelum melemparkannya ke dalam.
Rakaman itu kemudiannya menunjukkan keadaan di hadapan premisnya dan keadaan di luar pagar. Menerusi rakaman tersebut, ia dilihat seakan-akan sesuatu bahan pepejal yang berwarna coklat.
https://www.tiktok.com/@d4niaal/video/7290525133280693511?_r=1&_t=8gZgfKnNGyY
Menurut Danial, ini adalah pertama kali dalam hidupnya melihat kejadian ini berlaku di depan mata menimpa dirinya.
“First time seumur hidup aku, nampak orang buat benda benda syirik depan mata. Memang kalini Allah nak tunjukkan terang terangan. Insyallah Aku & Keluarga akan terus kuat lawan benda benda syirik gini!”
“Untuk orang yang hantar benda Khurafat ni semoga terus istiqamah. Kita hanya mampu berdoa, tawakal & berserah kepada ALLAH S.W.T.”
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen dakwa bahan yang dilemparkan itu adalah tanah kubur, dan ia tidak memberikan apa-apa. Bahkan, Danial menyokong dakwaan tu dengan menyatakan bahawa mereka sudah berjumpa dengan ustaz dan mendoakan pelaku agar bertaubat.
Sumber : TikTok
