in

“Elak kena tipu kaw kaw” – [VIDEO] Lelaki Ajar Cara Cuci & Tukar Filter Aircond Kereta, Buat Sendiri Je!

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila hantar servis kereta, mesti mekanik akan offer untuk bersihkan sekali filter pendingin hawa dekat kereta korang kan? Kalau nak buat servis ni, adalah dalam RM30 jugak kena tambah.


Tapi korang tahu tak, sebenarnya senang je tau nak bersihkan filter aircond ni. Nak tukar baru pun senang je, paling-paling pun korang kena spend RM3 untuk beli filter. Jimat habis…

Untuk elakkan korang dari ditipu kaw-kaw, baru-baru ni ada seorang lelaki telah kongsikan cara untuk bersihkan filter aircond kereta. Benda boleh buat sendiri buat apa bayar orang kan?

Jadi, kalau korang rasa aircond dalam kereta dah tak sejuk, korang boleh cuba cara dekat bawah ni dulu ok?

  • Buka laci di ruang penumpang hadapan dan keluarkan
  • Keluarkan kotak kecil yang terdapat di situ, biasanya warna hitam
  • Cari penapis empat segi
  • Buka penapis daripada tempatnya dan bersihkan habuk menggunakan blower atau berus cat
  • Lepas dah bersih, korang pasang balik penapis tu

Kalau korang nak penjelasan yang lebih visual, korang boleh tengok video dekat bawah ni:

Selain itu, akaun Twitter Lombong Shopee turut sertakan beberapa link kalau korang nak beli penapis baru. Harga dia serendah 3 ringgit je!

Ha senang gila kan cara nak tukar dan bersihkan filter aircond kereta ni? Tak payah dah susah-susah bayar lebih untuk orang lain buatkan.

 

Baca: Senang sangat! Guna 3 Bahan Je Untuk Bersihkan Contengan Anak-anak Kat Dinding

Screenshot 2022 01 12 At 4.20.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.