in

EKSKLUSIF: Kerajaan Nak Kurangkan Monopoli Touch N Go, Apa Kata Netizen?

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ketika sesi soal jawab bersama anak muda, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah berjanji untuk memberi perhatian mengenai isu monopoli Touch ‘n Go yang telah menjadi sistem pembayaran utama untuk sistem pengangkutan dan jalan raya di Malaysia selama lebih dua dekad.


Korang tengok bawah ni.

Tak berapa lama selepas itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah memberitahu bahawa beliau telah pun mengarahkan agensi pengangkutan awam seperti Prasarana Malaysia Berhad dan KTM Berhad untuk menggunakan sistem pembayaran terbuka yang boleh menerima kaedah pembayaran lain seperti kad debit dan kredit.

Menurut Anthony Loke, tak lama lagi pengguna pengangkutan awam seperti bas dan kereta api akan boleh mula membayar menggunakan kaedah pilihan namun menegaskan kaedah ini akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.

Selain itu, Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi melalui Twitter memberitahu bahawa usaha untuk mengadakan sistem pembayaran terbuka di tol lebuhraya telah pun dimulakan sejak tahun lepas dan selepas berbincang bersama beberapa syarikat konsesi, beberapa lebuhraya akan melaksanakannya sebelum September 2023.

Lima lebuhraya yang dijangka akan menggunakan open system payment ini adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Manakala sistem pembayaran tol aliran bebas berbilang lorong pula dijangka akan dilaksanakan menjelang 2025 di seluruh negara.

#LobakMerah tanya netizen

Ekoran perkembangan terbaru dalam usaha kerajaan untuk menamatkan monopoli TnG ini, Lobak Merah telah mengambil peluang untuk bertanya beberapa pengguna pengangkutan awam dan jalan raya tentang reaksi mereka mengenai perkara ini.

Netizen #1

Menurut seorang pengguna setia LRT, Shuhada, 32 tahun yang merupakan pekerja swasta, katanya dia bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan ini kerana menurutnya ia boleh mengurangkan kebergantungan terhadap TnG.

For me baguslah sebab kita tak lagi bergantung dengan tng, kalau tng habis duit dalam kad, boleh guna kad debit. lagi senang dan mudah. pastu sekarang kan ada Apple Pay & Samsung Pay, tak yah bawak wallet pun boleh lalu lrt/highway.”

Netizen #2

Shahrul, 35 tahun yang juga merupakan pekerja swasta pula berkata, selama menggunakan TnG, syarikat ini gagal melakukan penambahbaikan kad mereka selain memerlukan individu untuk pergi ke mana-mana cawangan syarikat itu sendiri untuk mendapatkan baki bagi kad lama yang telah tamat tempoh.

Bagus lah, sebab dari awal dia buat tu tak ada penambahbaikan pun. contoh mudah, ada ewallet, tapi takleh topup direct. itu belum lagi kad tetiba takleh pakai, kena renew. Lepas tu renew kena pegi office dia pulak nak dapatkan refund. Padahal boleh je dia integrate.”

Netizen #3

Khid, 30 tahun mengatakan usaha kerajaan ini bagus kerana bila sesuatu syarikat memegang monopoli, mereka berhak melakukan apa sahaja yang mereka suka.

Ia bagus kerana monopoli telah menghilangkan sikap persaingan dan akhirnya benarkan TNG untuk menjadi raja. Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka nak dan pengguna terpaksa ikut kerana tiada pilihan. Kita perlu sentiasa lawan monopoli. Perkara ini turut perlu dibuat kepada TNB, air dan TM.”

Netizen #4

Selain bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menamatkan monopoli, James mengatakan bahawa dia mahu negara kita melaksanakan tol tanpa berhenti seperti yang terdapat di negara-negara lain.

Rakyat mahukan tol tanpa berhenti macam di negara lain. Kalau tak boleh hapuskan tol, kurangkan tol. Nak travel guna jalan raya mahal lagi-lagi dekat Lembah Klang yang memang tak boleh nak escape dari bayar tol. Kenapa kita bayar cukai jalan?”

Netizen #5

Bagi Danial, 28 tahun, dia sangat sokong inisiatif menamatkan monopoli ini kerana dapat memberikan peluang kepada peniaga lain untuk memberikan promosi yang lebih baik dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, ia juga dapat memberikan kebebasan kepada pengguna dan secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kepada orang ramai untuk membeli dari reseller yang menjual kad dengan harga yang lebih mahal.

1) Ini lah satu inisiatif yang bagus daripada kerajaan supaya dapat beri tekanan kepada plus & TNG supaya TNG cuba untuk membuat penambahbaikkan dari segi sistem (intergrate tng to nfc phone , jadi macam apple pay etc) instead of kasi alternative on how to use TNG

2) Peluang perniagaan kpd entrepreneur lain supaya boleh come up with better offer instead of only using TNG untuk bayar toll & Etc.

3) Secara tidak langsung bila ada new parties involved in the industry dia akan membuka lagi peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia.

4) Bila ada peluang perniagaan, secara tidak langsung juga boleh tarik minat pelabur2 yang nk invest

5) dari sudut pengguna pula, Pengguna akan diberi kebebasan untuk memilih cara pembayaran yang dorang prefer. sbb tak semua orang akan sentiasa topup.

6) confirm akan ada features or offer yang baru yang akan bagi benefit kepada pengguna supaya dia dapat sustain current users. therefore pengguna pun akan happy with their services lah kot. hahaha

7) pengurangan reseller card sbb dengan tekanan yang dtg akan mengurangkan value utk org dapatkan card tng. why go card when u can go fully digital. JPJ pun digital dah.

Ini merupakan antara pandangan sebahagian rakyat Malaysia dalam usaha kerajaan untuk menamatkan monopoli Touch ‘n Go di negara ini. Boleh dikatakan rata-rata bersetuju dengan usaha tersebut yang dilihat memberi lebih banyak kebaikan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Kebanyakannya memang sokong betul usaha kerajaan ni, korang pulak macam mana?

 

Baca: Lebih 2 Dekad Beroperasi Tapi Tiada Kemajuan, PMX Pertimbang Isu Monopoli Touch ‘n GO

Monopoli Tng Pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.