in

Lebih 2 Dekad Beroperasi Tapi Tiada Kemajuan, PMX Pertimbang Isu Monopoli Touch ‘n GO

Monopoli Tng Pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu Touch ‘n Go (TnG) yang selalu disuarakan oleh rakyat Malaysia ini bukanlah satu isu baru. Ada sahaja isu yang membuatkan pengguna jalan raya tidak berpuas hati terutama dalam hal berkaitan tol dan pengangkutan awam.


Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau berjanji untuk memberi perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan berkaitan TnG termasuk isu monopoli.

Perkara ini didedahkan dalam sesi soal jawab program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), apabila beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh salah seorang peserta mengenai perkara tersebut.

Whatsapp Image 2023 03 19 At 5.17.54 Pm

Menerusi sesi terbabit, peserta bertanya adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menamatkan monopoli TnG dalam sistem pembayaran untuk sistem pengangkutan dan jalan raya di Malaysia.

Katanya, kad debit dan kredit boleh digunakan di banyak tempat seperti stesen minyak dan tempat letak kereta, tetapi TnG hanya menjadi satu-satunya pilihan pembayaran tanpa sentuh untuk pembayaran tol dan pengangkutan awam.

“Touch ‘n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad dan sistem yang digunakan tidak ada sebarang progress dalam perkara itu.

“Jadi saya rasa benar, kita perlu pertimbangkan perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak bersuara rakyat selagi tidak menyentuh soal kaum dan agama serta memecahbelahkan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertindak ke atas sesiapa pun kerana memberi pandangan.

Baca: Terima Banyak Aduan, Kerajaan Bakal Tubuhkan Pasukan Khas Untuk Kaji Touch ‘n Go

Cats 43

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.