in

“Effort mahal” – Ramai Terharu Tengok Video Suami Wanita Ini Buat Surprise ‘Candlelight Dinner’

sambut anniversary suami surprise dinner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah kata orang, tak kaya tak apa. Yang penting ingatan dan effort seseorang suami itu dalam membahagiakan pasangan dan keluarganya lagi penting, kan?

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang suami cuba memberi kejutan buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.


Di dalam video yang dirakam isteri, dipaparkan wanita itu memasuki rumahnya dan terkejut melihat si suami siap memakai kot (tapi seluar pijama) dan menyalakan lampu oren seakan-akan mereka berada dalam candlelight dinner.

suami

Sampai sahaja di meja makan, si suami dilihat telah siap menyediakan makanan untuk dua orang dengan lilin menyala di atas meja. Romantik betul! 

Gelagat si suami yang berjenaka dengan isterinya membuatkan netizen geli hati, tambahan pula apabila lelaki itu membawa masuk dessert yang dinamakan ‘banana aiskrim plato’.

Artikel berkaitan: Wanita Bercerai Lepas 7 Tahun Kahwin, Suami Baik ‘Cukup Pakej’ Tapi…

Artikel berkaitan: Luah Terpaksa Tinggal Berasingan Dengan Anak, Netizen Sebak Baca Kisah Pengorbanan Suami Isteri Ini

“Dia yang candlelight dinner, aku yang suka” 

Video berkenaan menerima komen pujian daripada netizen yang terharu melihat kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Posting di Threads itu juga menerima komen daripada pelakon, Fazura lagi. Uish!

komen ne

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.