Sekarang ramai yang tak lepas peluang untuk pergi bercuti lebih-lebih lagi dengan keluarga tercinta. Tak kira sama ada bercuti di dalam negara ataupun ke luar negara, selebriti tanah air juga tidak ketinggalan untuk meluangkan masa bersama dengan ahli keluarga mereka.
Penceramah bebas tanah air, Ebit Lew juga turut menghabiskan masa dengan isteri dan anak-anak beliau ke Switzerland. Beliau mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya.
Di kapsyen Facebooknya, dia memberitahu bahawa dia bersyukur dapat habiskan masa lebih banyak dengan isteri dan anak-anaknya. Tambahnya lagi, tiada perkara yang lebih menggembirakan dari saat mereka pergi bercuti bersama-sama.
“Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insyaAllah. Semoga setiap langkah ini mendapat redha dan kasih sayangNya”, Ebit Lew
https://www.instagram.com/p/CVPAIWloneq/?utm_source=ig_web_copy_link
Video itu telah mendapat lebih 200,000 likes dan hampir 950,000 tontonan. Di bahagian komen pula, komen-komen dilimpahi dengan reaksi yang positif dan ada juga yang mendoakan agar mereka terus bahagia hingga ke syurga.
Ebit Lew dan keluarganya juga dilihatkan menikmati percutian mereka di negara yang terkenal dengan penghasilan coklat susu. Sebelum ini, Ebit Lew telahpun bercuti ke Langkawi bersama dengan keluarganya semenjak boleh dibenarkan rentas negeri.
Sebagai rekod, Ebit Lew pernah terpalit dengan isu berkaitan dengan gangguan seksual tetapi masih lagi tenang menghadapi isu tersebut tanpa cepat melatah.
Baca: Terhibur Cara Kawan ‘Jaga’ Waktu Sakit, Ramai Doakan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila