in

Terhibur Cara Kawan ‘Jaga’ Waktu Sakit, Ramai Doakan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila

Page Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap mengenai persahabatan, macam-macam jenis kawan yang kita semua ada betul tak? Selalunya kawan yang betul-betul memahami adalah kawan yang telah lama bersama dari kecil. Tambah pula kalau ada kawan yang selalu ada di waktu susah dan senang, mesti susah nak lekang!



Disebabkan pandemik yang melanda negara sejak tahun lepas, masa untuk dilluangkan bersama dengan kawan-kawan agak terbatas. Jadi, bila dah mula boleh dine-in dan juga rentas negeri, ramai yang gunakan peluang itu untuk bersama dengan kawan-kawan.

Tetapi, lain pula cerita mengenai kawan dalam video yang viral di TikTok melalui akaun @_.aput._. Dalam video itu, dilihatkan dua orang lelaki yang dipercayai berkawan rapat. Namun, yang mencuit hati ramai pengguna TikTok adalah perbuatan kawan yang meniru gaya kawannya yang sedang sakit. Macam-macamlah korang ni!

@_.aput._

susah bile dapat membe tak pernah srs😂#fypシ #foryoupage #fypage #fyp

♬ bunyi asal – 𝓪𝓹𝓾𝓽😎 – 𝓪𝓹𝓾𝓽😎

Dia dengan selamba meniru gaya berjalan dengan kaki sakit kawannya sambil tergelak kerana niatnya untuk menghiburkan. Bukan itu sahaja, dia juga sempat lagi mengajuk gaya yang sama semasa mahu pulang ke rumah.

Perbuatan itu menerima reaksi positif dari ramai netizen kerana mereka turut mengatakan bahawa, kawan yang kuat mengusik itulah yang sering ada di kala memerlukan. Ini kerana, dia dilihatkan sanggup datang ke rumah kawannya di waktu malam dan juga sempat untuk membeli makanan untuk kawannya. Admin tabik lah korang berdua ni!

Kawan 1

Kawan 2

Kawan 3

Oleh itu, hargailah kawan-kawan yang masih ada dan jaga hati mereka sebaik mungkin. Macam dalam video ini, kita takkan tahu siapa kawan yang akan ada bila kita memerlukan. Okaylah, min nak call kawan-kawan min jap, nak ajak lepak mamak.

Baca: “Datang Melaka, hati kena kental” – Makcik Steady Sembang Dengan Customer Macam Nak Gaduh

Page Melaka

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.