in

“Dulu ramai tak percaya” – Caprice Sindir Ebit Lew Lepas Netizen ‘Siasat’ Janda Bertatu?

Caprice Sindir Ebit Lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Ebit Lew kembali menjadi bualan ramai apabila netizen mula mempersoalkan niat murninya membantu seorang janda bertatu penuh di muka yang didakwa seorang gelandangan di Indonesia.


Ramai yang terkejut apabila wanita yang dikenali sebagai Mondy didakwa bukan seorang gelandangan yang memerlukan bantuan, sebaliknya seorang TikToker terkenal dengan mempunyai 1 juta pengikut.

Susulan pendedahan itu, Caprice dilihat menyindir pendakwah sensasi itu yang membuat perkongsian mengenai dirinya menghulurkan bantuan kepada Mondy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menerusi hantaran di Instastory Caprice, dia mengatakan telah cuba membongkar identiti sebenar pendakwah terbabit pada tahun 2021, namun ramai yang tidak mempercayainya.

Caprice juga menitip rasa syukur apabila perkara yang mahu didedahkan itu semakin terbongkar.

“2021 Cap dah cuba bongkarkan siapa mamat ni sebenarnya ramai tidak percaya.

“Alhamdulillah slowly benda bongkar sendiri. InsyaAllah jangan sampai Cap start balik…,” tulisnya.

Screenshot 2023 06 15 170505

Sementara itu, pendakwah bernama Firdaus Wong yang merupakan individu terawal mendedahkan kes Ebit Lew turut mengatakan perkara sama.

“Dahulu ramai mencaci maki saya kerana terlibat membantu mangsa gangguan seksual kononnya saya menfitnah dan dengki sedangkan yang saya lakukan adalah membantu mereka yang dizalimi.

“Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua. Jikalau diulangi taktik yang sama, masyarakat akan trigger dan hidu something,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Terdahulu, Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual iaitu membuat hantaran dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Baca: “Plot twist ke?” – Netizen Dakwa Janda Bertatu Yang Dibantu Ebit Lew Sebenarnya Tiktoker Terkenal?
Mondy Ebit Lew Tiktoker Terkenal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.