in

“Duh sayang betul dihancurkan” – Aiskrim ‘Geprek’ Trend Baru Orang Indonesia Makan Dessert

Trend Baru Makan Aiskrim Geprek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya korang mesti pernah dengar tentang hidangan bernama ayam geprek, kan?

Kalau food lovers tu, pelik lah kalau korang belum pernah rasa ayam geprek iaitu sejenis makanan yang berasal dari Indonesia yang mana ayam goreng akan di’geprek’ atau dipenyetkan bersama-sama cili yang dah ditumbuk. Sedap ooo… 


198949419 322483139545042 6036396203835057382 N

 

Aiskrim geprek kini trending di Indonesia

Tapi kalau bercakap pasal ayam geprek, korang pernah dengar tak pasal aiskrim ‘geprek’?

Baru-baru ini, tular satu trend terbaru di Indonesia yang mana orang di sana makan aiskrim dengan cara ia dihancurkan terlebih dahulu.

Menurut Coconuts, aiskrim yang dibeli akan dihancurkan dalam kuantiti yang banyak bersama ‘cone’nya dan ‘resepi’ ini dipanggil sebagai aiskrim ‘geprek’.

Selalunya mereka akan gunakan aiskrim yang murahlah macam aiskrim sundae dari McDonald ke macam video kat atas ini.

Tapi ada juga di kalangan netizen yang next level apabila mereka menggunakan aiskrim mahal seperti Godiva untuk dijadikan aiskrim geprek. Aduii min pulak rasa macam membazir. Ini ais krim level sultan ni.

https://www.instagram.com/p/CVZnkivlMI6/?utm_source=ig_embed&ig_rid=553fca2c-1349-47de-af0a-f7fda4775d37

 

“Nampak macam sedap sangat!” 

Video-video aiskrim geprek ini ternyata mendapat respon yang pelbagai daripada netizen yang tak sabar-sabar nak mencuba ‘resepi’ tersebut.

Ada juga mengakui rasanya sangat enak setelah mencuba namun ada juga yang berfikiran agak membazir jika aiskrim geprek ini dilakukan menggunakan aiskrim mahal.

Eskrim Geprek

Ada yang dah try aiskrim geprek ni? Sedap pulak admin tengok. 

Baca: Disangka Jual Aiskrim Cair, Wanita Sebak Bila Tahu Kandungan Sebenarnya…

Aiskrim Cair

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.