in

Disangka Jual Aiskrim Cair, Wanita Sebak Bila Tahu Kandungan Sebenarnya…

Aiskrim Tak Boleh Sejuk 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kita, wang tunai RM 5 itu bagi kita sangat kecil, namun untuk sesetengah orang, nilai itu agak besar.


Kadang-kadang nak beli sabun cuci pinggan pun mereka mula rasa terbeban, ia akan membuatkan kita rasa terbuka mata apabila membaca kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.

 

Kisah ‘Eskrem tak boleh sejuk’

Aiskrim Tak Boleh Sejuk 2

DIkongsikan satu gambar cecair yang penuh dalam bungkusan plastik aiskrim Malaysia digantungkan di kedai dan membiarkan begitu sahaja tanpa dibekukan.

Namun begitu setelah mengetahuinya, ia sebenarnya adalah cecair pencuci pinggan, baju dan minyak masak.

Ia membuatkan wanita ini sebak kerana ia dijual dengan harga 20 sen dan mungkin khusus untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Pastinya bila dah tahu akan rasa sebak, bahkan bukan sahaja wanita ini, kita sendiri terus rasa syukur dengan apa yang kita ada.

Apapun, wanita ini menyokong dengan tindakan tuan kedai melakukan kaedah ini kerana dapat membantu orang lain dengan cara yang termampu.

Perkongsian daripada @AinulNunanaa ini telah meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets dalam masa 6 jam

Ramai netizen turut sebak bila membacanya dan rata-rata mengatakan kaedah ini masih ada dilakukan sehingga sekarang di Sabah.

 

Baca : “Opah setia menunggu” – [VIDEO] Tak Balik Sejak PKP, Aksi Gadis Ini Lepaskan Rindu Dekat Opah Bikin Sebak

Fi Cucu Lepas Rindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.