in

“Duduk flat selera kondo” – Bengang ‘Parking’ Kena ‘Cop’, Individu ‘Sound’ Wanita Ini

Parking 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu ‘cop’ parking sudah lama berlaku lebih-lebih lagi di kawasan perumahan yang terbuka dan tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi.

Artikel berkaitan: “Saya dah pusing banyak kali dah” – Pemandu Bergaduh Dengan Lelaki ‘Cop Parking’


Artikel berkaitan: “Hidup nak kayangan” – [VIDEO] Penghuni Flat Selamba ‘Cop’ Parking Dikecam Netizen

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @aidilxlanun memuat naik video rakaman dashcam memaparkan individu yang ‘cop’ parkir di kawasan perumahan flat.

https://www.tiktok.com/@aidilxlanun/video/7287530744015015170?_r=1&_t=8gLzXwx5iLv

Ketika itu, dia sedang mencari parkir yang kosong sehinggalah sebuah kereta berwarna hitam sedang keluar dari salah satu petak parkir di kawasan itu. Sebaik sahaja dia mahu masuk ke petak itu, seorang wanita telah turun dari keretanya untuk mengalihkan semula tong yang digunakan sebagai alat ‘cop’ parkir itu.

Bengang dengan tindakan itu, lelaki ini ‘sound’ individu tersebut dan berkata petak parkir itu tidak boleh di’cop’ oleh sesiapa walaupun memiliki rumah di kawasan itu.

Tanpa mempedulikan kata-kata lelaki ini,dengan selambanya wanita tersebut meletakkan tong yang dipegang dan ingin masuk semula ke dalam kereta. Sebelum dia beredar, lelaki itu sempat ‘sound’ sekali lagi wanita ini.

Lain kali duduk kondo ada parking sendiri. Jangan duduk flat cop cop parking macam ni.

Akur dengan tindakan individu itu, lelaki ini membiarkan sahaja parkir itu di’cop’ oleh wanita tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama ketika hendak parkir di kawasan perumahan flat seperti itu.

Parking 1

Parking 2 E1696827338897

Parking 3

Mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang sengaja ‘cop’ parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau dipenjara tidak lebih 7 bulan dan jika kesalahan itu berulang kali kedua atau lebih; individu itu akan dikenakan denda maksimum RM4,000 atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.