Walaupun dah ada kesedaran bahawa kelakuan ‘cop parking’ salah, bagaimanapun masih lagi ada yang buat perangai macam ni.
Satu video tular menunjukkan seorang individu melakukan perkara sedemikian saat netizen yang dikenali sebagai ophelia.my ingin mencari tempat untuk meletak kereta.
“Saya dah pusing banyak kali dah.”
Dalam video berdurasi 1 minit 22 saat yang telah meraih lebih daripada 427K jumlah tontonan dalam masa 3 hari. Seorang lelaki dilihat datang ke arah kereta dan berlaku pertengkaran kecil di antara mereka.
Ketika dia menegur lelaki tersebut bahawa perbuatan itu salah, dia mengatakan bahawa dia sudah berjalan kaki jauh untuk mencari tempat parking.
Kenyataan tersebut telah membuatkan wanita ini tertanya-tanya sama ada kaedah ini boleh dilakukan atau tidak.Dalam pada itu, lelaki ini juga turut mempertikaikan jika seandainya wanita itu penat berjalan, dia mungkin akan melakukan perkara yang sama.
Walaubagaimanapun ketika lelaki itu bergerak jauh sedikit dari kereta wanita ini dengan pantasnya terus masuk ke dalam ruangan parking tersebut.
https://www.tiktok.com/@ophelia.my/video/7253713854314695937?embed_source=121352282%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_fullscreen&refer=embed&referer_url=worldofbuzz.com%2Fmsian-argues-with-man-chupping-parking-spot-in-kl-tricks-him-into-walking-away-quickly-drives-in%2F&referer_video_id=7253713854314695937
Pada awalnya wanita ini risau jika keretanya dicalarkan, namun begitu wanita ini menjelaskan bahawa keretanya tidak ada berlaku apa-apa.
https://www.tiktok.com/@ophelia.my/video/7254021245404990721
Haih, kalau lah frust sebab susah nak dapat parking sekalipun kena ikut peraturan dan perlu ada common sense.
Baca : Lelaki Tunjuk Lagak Bila Cop Parking, Siap Gelakkan Orang Bila Ditegur