in ,

Dua Sahabat Obses Hello Kitty Cipta Nasi Lemak Berwarna Pink di Tumpat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi lemak, makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi.


Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai ciptaan Nasi Lemak yang unik boleh didapati di Malaysia seperti Nasi Lemak Cheesecake, Nasi Lemak Sushi, Nasi Lemak Pizza dan kini ada Nasi Lemak Hello Kitty pula!

Sumber : Facebook
Sumber : Facebook

Hidangan ini telah dicipta oleh dua orang sahabat iaitu Nurul Aida Zulkifli, 29, dan Zaharina Mohd Tahar, 32, oleh kerana mereka mempunyai minat yang tinggi terhadap Hello Kitty.

Mereka telah menukar semuanya kepada warna merah jambu untuk menepati tema Hello Kitty seperti nasi, banner, hiasan termasuk kereta pemilik pun telah bertukar ke warna pink! Sahabat ini telah melabur sebanyak RM4,000 untuk mengubah suai keretanya supaya ia kelihatan seperti kartun tersebut. Kaw kaw ni!

Sumber : Facebook

Mereka sanggup menghabiskan duit sebanyak itu dengan harapan ia akan menarik perhatian pelanggan.

Bukan itu sahaja, dua sahabat tersebut juga akan memakai pakaian berwarna pink supaya semuanya lengkap mengikut tema.

Bagi yang berminat, perniagaan Nasi Lemak Hello Kitty selalunya akan dibuka selama dua jam sahaja dari jam 7 hingga 9 pagi.

Sumber : Facebook

Mereka menjual nasi lemak tersebut secara separuh masa di kawasan sekitar Kampung Sedar, Tumpat, Kelantan oleh kerana kedua-dua pemilik sudah pun mempunyai kerja tetap. Ia dijual setiap pagi kecuali pada hari Rabu dan pada setiap Jumaat malam mereka akan menjual di Tesco Kota Bharu pula.

Nasi Lemak Hello Kitty dijual pada harga RM3.50 sebungkus dan RM10 jika anda membeli tiga bungkus.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh beli hidangan tersebut secara online dan makanan akan dihantar menggunakan kereta Hello Kitty mereka.

Sumber : Facebook

Peniaga tersebut juga merancang untuk meluaskan lagi perniagannya dengan bergerak ke beberapa lokasi baru pada masa akan datang.

Tak kisahlah pink ke ungu ke, kalau sedap kita makan aje!

Baca : Nasi Lemak Bungkus Jadi Koleksi Beg Tangan Musim Bunga Jenama Terkemuka Hermès

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.