in

Nasi Lemak Bungkus Jadi Koleksi Beg Tangan Musim Bunga Jenama Terkemuka Hermès

F 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi lemak memang tidak dapat disangkal lagi kesedapannya dan aroma serta bau nasi lemak apatah lagi jika menggunakan daun pisang untuk membungkusnya, pasti menarik perhatian semua.


Siapa sangka daun pisang bukan sahaja digunakan dalam makanan tetapi juga di dalam industri fesyen dunia?

Jean Paul Gaultier adalah salah satu pereka fesyen yang paling terkenal di dunia. Beliau merupakan pengarah kreatif jenama terkemuka dunia, Hermès pada tahun 2003-2010.

Paul

Pada tahun terakhir perkhidmatannya, bersempena dengan musim bunga, Jean mengeluarkan koleksi beg tangan Musim Bunga 2010 berikut,

Nasi1

Sekali pandang mungkin ianya nampak elegan apatah lagi digayakan oleh model yang menawan, namun jika dilihat secara dekat, anda pasti kenal dengan ‘material’ yang digunakan.

Nasi2

Eh, macam kenal je?

Bagi orang-orang Asia terutamanya, rata-rata mempertikaikan beg tangan itu yang nampak serupa dengan makanan kegemaran mereka.

Nasi3

Yes, nasi lemak gais… Sama tak? Bukan itu sahaja, ada juga koleksi beg tangan yang diperbuat daripada daun kelapa (?) Okay, memang pelik…

Beg

Pengguna Twitter menjadikannya bahan lawak selepas melihat persamaan ketara antara beg tangan itu dengan daun pisang yang biasanya digunakan untuk membungkus nasi lemak.

“Apabila anda dalam perjalanan ke malam penganugerahan tetapi anda mengidam untuk makan nasi lemak”

Seorang lagi pengguna Twitter memberikan pendapat yang agak mencuit hati,

“Kalau ada nasi lemak dalam beg tu, lagi bagus!”

Sedapnya Nasi Lemak Daun Pisang.. Eh, Ke Handbag Ni?
Sedapnya nasi lemak daun pisang.. Eh, ke handbag ni?

So, lepas ni kalau korang makan nasi lemak daun pisang janganlah buang daun pisang tu. Confirm anda akan jadi ikon fesyen! Hahaha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.