in

Dua Kanak-Kanak Maut Terperangkap Dalam Teksi Usang, Pengakhiran Yang Tragis

Untitled Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk di sebuah perkampungan di wilayah Suphan Buri, Thailand dikejutkan dengan khabar tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemukan maut dalam sebuah teksi lama baru-baru ini.


Memetik laporan DailyNews Thailand, dua sekawan yang masing-masing berusia 5 dan enam tahun itu ditemukan mati lemas akibat terperangkap dalam kepanasan ketika mereka bermain di dalam teksi tersebut.

Difahamkan, teksi usang itu telah ditinggalkan pemiliknya sejak tiga tahun lalu.

Ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut, Saowani Thadongok berkata sebelum ini beliau sering membawa anaknya bersama ke tempat kerja. Namun pada hari kejadian, anaknya meminta untuk  tinggal di rumah kerana mahu bermain bersama kawannya.

Aa

Mengulas lanjut, nenek mangsa berkata cucunya itu keluar bermain seperti biasa bersama rakan. Bimbang kerana mangsa masih belum pulang, beliau kemudian bertindak meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari kanak-kanak tersebut.

Hasil pencarian kemudian menemukan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan menyayat hati di bahagian tempat duduk belakang sebuah teksi. Kedua-dua mangsa dipercayai mati lemas kerana terperangkap dalam kenderaan itu ketika cuaca panas.

 

Baca: Gara-gara Tidur Dalam Kereta Dengan Aircond Terbuka, Tiga Sekeluarga Ditemui Tak Sedarkan Diri & Mulut Berbuih

Capture 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.