Semasa awal kemunculan aplikasi TikTok, ramai di antara kita yang agak skeptikal dan sering memandang aplikasi ini sebagai suatu ruang sosmed yang mendatangkan nilai buruk kepada remaja zaman sekarang.
Tapi lama kelamaan, ramai pula yang jatuh cinta dengan TikTok (termasuklah admin sendiri ye) kerana content di dalam aplikasi ini bukan sekadar budak-budak menari terkinja-kinja tapi banyak juga ilmu berguna yang dicurahkan content creator di sini yang buat kita semua teruja.
Sedikit demi sedikit, selebriti dan golongan ternama mula beralih ke TikTok termasuklah ahli politik seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Wow datuk ada TikTok!
Menerusi perkongsian video TikTok pertamanya, Zahid mengajak orang ramai untuk follow akaunnya di TikTok dan beliau juga akan membuat perkara yang sama kepada mereka yang mengikutinya.
@ahmadzahidhamidi Follow saya #zahidhamidi #tiktok #malaysia #malaysiatiktok #fyp
Setakat ini Zahid telah memuat naik sembilan buah video yang mana antaranya memaparkan video berkaitan rutin harian yang dilakukannya sebagai ahli politik dan satu video santai bersama cucunya.
@ahmadzahidhamidi #pickupline dari cucu saya. Hensem kan dia…#fyp #malaysiatiktok #zahidhamidi #malaysia #cucu #atok
♬ Grandpa Ahmad Zahid Hamidi with grandson – Ahmad Zahid Hamidi
Comelnya cucu DS Zahid buat pickupline dengan datuknya!
“Kalau semua YB main TikTok, camne kami nak cari makan”
Apa-apapun ramai di kalangan netizen berasa agak kurang senang dengan kehadiran ramai ahli politik yang mula beralih ke TikTok. Menurut netizen, tujuan mereka buat TikTok adalah untuk tenangkan fikiran dan larikan diri daripada hal politik. Tup-tup ramai pula politician main TikTok ye…
Pun begitu, ada juga di kalangan netizen yang menyambut baik kehadiran Zahid di TikTok. Takpelah kan, kita sama-sama hiburkan diri kita di platform media sosial ni.
Siapa lagi lepas ni yang masuk TikTok ye? Mungkin DS Najib?