in

“Dorang ni perangai memang teruk!” – Pelancong Cina Baling Batu Dekat Panda Sebab Nak Suruh ‘Bangun’

Panda Cute

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah banyak kes kita dengar pasal pelancong dari negara China buat ‘perangai’ bila datang bercuti di negara lain. Dekat Malaysia ni pernah ada kes pelancong selamba suruh anak berak dekat depan mall, ada yang berak dekat kawasan tumpuan pelancong dan macam-macam lagi lah.


Rupa-rupanya, bukan setakat dekat negara luar tapi dekat tanah mereka sendiri pun pelancong Cina ni akan buat ‘perangai’ dorang tu. Menurut Daily Mail, baru-baru ni ada satu kumpulan pelancong Cina buat hal ketika sedang melawat Zoo Beijing.

Panda2

Melalui satu video viral yang dirakam saksi kejadian, mereka dikatakan telah membaling batu dekat seekor panda yang tengah berehat dalam kandang. Kejadian yang telah menaikkan kemarahan ramai netizen tu berlaku pada Sabtu, 13 Julai.

Walaupun panda tu tak cedera tapi boleh nampak dalam video yang dia terkejut sebelum bangun untuk periksa apa yang dibaling ke arah dia tu.

Panda1

Panda3

Melalui video tu, nampak sekali je batu dibaling tapi menurut perakam video ni, sebenarnya dorang baling 2 batu dekat panda tu dalam tempoh 30 minit di situ. Lebih teruk, individu kedua tu baling batu yang lebih besar tapi tak sempat dirakam.

Tak lama lepas kejadian tu berlaku, penjaga zoo bergegas ke kandang tersebut dan suruh kumpulan pelancong tu berhenti baling apa apa objek ke arah panda terbabit. Menurut pihak zoo, panda yang diberi nama Meng Da tu tidak mengalami kecederaan dan teruskan rutin harian dia seperti biasa iaitu makan, buang air dan bermain dalam kawasan kandang.

Tonton video kejadian di bawah:

Walaupun panda tu tak cedera tapi ramai netizen bengang dengan sikap dan tindakan kumpulan pelancong tu yang tak ada sivik! Ramai juga yang cakap pelancong Cina memang tak ada adab, selalu buat hal di mana-mana.

“Belum habis baca dah tahu dah mesti jadi dekat China.”

“Mereka ni memang tak ada sivik.”

“Pelancong Cina, dah agak dah. Dorang ni memang perangai teruk.”

“Oh, pelancong mana lagi kan kalau bukan Cina.”

Kesian panda tu, dia tengah duduk diam diam je tapi kau nak baling batu kenapa ?

Baca: Kejam! Sekumpulan Lelaki Bergilir-gilir Duduk Atas Penyu Yang Tengah ‘Struggle’ Nak Masuk Balik Dalam Laut

Turtles 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.