“Tourist China pengotor” – Ibu Selamba Badak Suruh Berak, Biarkan Najis Anak Bersepah Kat Depan Mall Di Sabah

Banyak betul kita dengar berita-berita pelik pasal tourist China ni, tapi selalunya ia berlaku di negara mereka sendiri atau negara lain. Cuma tak sangka kali ini ia terjadi di negara kita sendiri.

Seorang ibu yang dipercayai pelancong dari China buat onar di sebuah pusat membeli belah di Sabah, berkelakuan jijik di tempat umum!

 

Tourist china pengotor!

Menurut sumber di FB Pisang Cheese, kejadian ini berlaku di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Gambar perbuatan menjijikkan itu tular di media sosial, raih sebanyak 1.8K perkongsian.

Dilihat ibu ini biarkan anaknya cangkung untuk buang air besar dikhalayak umum, ibunya tadah menggunakan tisu dan bungkuskannya. Kemudian dibiarkan sahaja di sekitar ruangan lobi. Pengotor gila!

Rata-rata netizen mengutuk tindakan pelancong yang macam tak ada tamadun ni. Bahkan, ada yang menceritakan pengalaman mereka sendiri berhadapan dengan pelancong-pelancong dari negara tersebut.

Tak ada tamadun – Netizen

Ish, tak senonohnya perangai. Harap bila kita merantau nanti, janganlah ada orang buat hal di negara orang ya. Memalukan je.

 

Baca : Warga China Kantoi Tipu Duit Rakyat Malaysia di Genting Highlands

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?