in

“Tak dan nak Ramadan, penyangak ni dah berbuka” – Dua Pelajar Kolej Dicabul Dan Dirogol Bergilir-gilir Enam Remaja Lelaki

Featured 5

Ini namanya 6 JAHANAM!

Dua pelajar kolej di Kuala Pilah menjadi mangsa nafsu rakus enam remaja lelaki selepas dicabul dan dirogol secara bergilir-gilir di sebuah rumah sewa di Kampung Sungkak, Juasseh malam Selasa lalu.

Difahamkan kesemua pelaku merupakan remaja berusia dalam lingkungan 16 hingga 21 tahun dengan lima daripada mereka merupakan penganggur dan seorang lagi merupakan pelajar, manakala kedua-dua mangsa berusia 15 tahun..Muda lagi weh!

294611
Sumber : sinar harian

 

Mangsa ikut suspek naik motor janji pegi makan malam tapi dibawa ke rumah sewa sebelum ‘dijamah’

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Haslah Bachok berkata kedua-dua mangsa dilaporkan telah dijemput oleh dua remaja lelaki di kolej sebelum dibawa keluar untuk makan malam di gerai berhampiran kira-kira pukul 8 malam dengan menaiki motosikal.

Namun nak dijadikan cerita, suspek remaja lelaki tersebut bawa mangsa ke rumah sewa mereka di Kampung Sungkak, Juasseh dan sampai di tempat kejadian rupanya dah ada empat lelaki lain yang tidak dikenali menunggu.

Suspek pertama membawa seorang mangsa ke sebuah bilik dan memeluk badan mangsa manakala suspek kedua membawa seorang lagi ke bilik berasingan lalu merogolnya.”

“Setelah selesai, datang lagi empat lelaki masuk ke bilik itu dan merogol mangsa kedua secara bergilir-gilir, sebelum mereka menghantar mangsa pulang ke rumah di Paroi, Seremban.”

Menurut Supritendan Haslah, mangsa membuat laporan polis malam tadi sebelum gerakan memburu suspek dijalankan.

News 1556854988
Gambar hiasan

Katanya semua suspek telah ditahan antara pukul 11 malam hingga 2 pagi di sekitar Juasseh dan Kuala Pilah.

Lima suspek akan disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan seorang suspek lagi akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tak tau nak salah siapa, bagi min dua-dua pun salah. Tapi biarlah hakim yang arif menjatuhkan hukuman.

Baca : Juita Ditangkap Kerana Rogol Ustaz Adam? Peguam Perjelas Tidak Pernah Dalam Sejarah Malaysia Wanita Ditahan Kerana Merogol

Juita