in

“Don’t be selfish” – KJ ‘Sound’ Ahli-ahli Politik Yang Minta PRU Diadakan Secepat Mungkin

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, kerajaan telah pun benarkan orang ramai untuk rentas negeri dan daerah. Oleh kerana itu, beberapa ahli politik telah menggunakan sebab ini untuk mencadangkan agar Pilihan Raya Umum (PRU) dapat dijalankan dengan segera.


Pun begitu, baru-baru ini penyunting berita, Boo Su-Lyn ada mengatakan yang jika PRU diadakan tahun ini, ia akan membawa malapetaka kepada Malaysia.

Sekurang-kurangnya tunggulah hingga majoriti rakyat M’sia telah diimunisasi sebelum PRU dibuat. Kalau tak, kes Covid di Malaysia mungkin akan meningkat ke 5k setiap hari.”

Pendapat yang dikongsikan oleh Boo Su-Lyn menerusi Twitter ini telah mendapat persetujuan dari Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan tindakan ini sebagai tak bertanggungjawab.

Kj Mpm 1583749231

Saya tahu antara yang minta PRU segera adalah mereka dari parti saya sendiri. Don’t be selfish.”

Ramai yang menganggap KJ tujukan tweet ini kepada presiden partinya sendiri, Zahid Hamidi yang yakin partinya akan menang PRU akan datang dan meminta agar PN tak gunakan alasan pandemik untuk menangguhkan PRU.

“Kerusi itu UMNO punya, UMNO akan tuntut balik kerusi itu.”

Manakala, Ahmad Maslan menyarankan PRU dijalankan dengan segera memandangkan vaksin Covid-19 akan diperolehi tak lama lagi, lapor FMT.

Netizen yang komen ciapan KJ ini juga turut bersetuju dan meminta agar KJ dapat menasihati pemimpin atasan dalam partinya itu.

Screenshot 2021 01 06 At 2.16.25 Pm Down

 

Baca: “Janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat” – KJ Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat JKR?

Screenshot 2021 01 06 At 2.24.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.