in

“Janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat” – KJ Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat JKR?

Lubang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin terlibat dalam satu kemalangan kecil akibat terlanggar lubang jalan ketika berbasikal berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.


Berita itu diketahui selepas Khairy Jamaluddin (KJ) ada kongsikan insiden tersebut menerusi laman Twitter rasmi miliknya. Ia mendapat perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu memberikan satu pesanan kepada pihak JKR untuk lebih cekap dan peka dalam melakukan kerja turap jalan.

 

Janganlah berhari-hari atau kena tunggu terlalu lama untuk turap semula.”

Tujuan KJ  membuat perkongsian tersebut adalah kerana ingin memberikan peringatan kepada netizen atau rakyat tempatan yang akan melalui kawasan tersebut.

Namun, tidak dapat dijangkakan bahawa ia telah mendapat perhatian pihak JKR.

Katanya, pihak JKR perlu cekap dan melakukan tindakan segera jika ada berlakunya masalah sebegini bukan hanya mendapat aduan daripada menteri sahaja.

“Saya berterima kasih kepada JKR kerana peka dengan isu ini, tetapi janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat. Tetapi yang penting, kalau sudah berlubang, janganlah berhari-hari atau kena tunggu terlalu lama untuk turap semula.”

Tambahnya lagi menerusi Facebook Transformasi Bersama KJ, beliau sendiri tidak nampak lubang itu sedangkan beliau hanya berbasikal pada kelajuan 40km/j.

Ia sekaligus mencetuskan kebimbangannya terhadap penunggang motosikal yang melalui di kawasan tersebut.

“Kalau kita nampak, boleh elak. Tetapi saya yang berbasikal, dengan kelajuan maksimum 40 kilometer sejam pun tak nampak. Apatah lagi penunggang motosikal?”

Jelas KJ lagi, isu jalan berlubang ini sepatutnya memerlukan penyelasaian segera dan tidak perlu ditangguhkan lagi kerana rakyat adalah orang yang akan alami perkara ini.

“Jadi, saya ambil pandangan positif maklum balas pelbagai pihak yang ingin saya kemalangan ketika melalui kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil.Isu pokoknya, masalah jalan berlubang ini memerlukan penyelesaian segera kerana ia dekat di hati rakyat.”

Jika diperhatikan di media sosial, ramai netizen bengang apabila isu ini mula mendapat perhatian padahal ia dah lama di bahaskan oleh rakyat. Ini kerana ada netizen kongsikan ramai pengguna jalan yang berlubang sebelum ini terlibat dalam kemalangan.

Jalan Berlubang Jalan Berlubang3 Jalan Berlubangg2

 

Baca : “Menteri jatuh, laju noh minta maaf” – JKR Kuala Langat Mohon Maaf Insiden KJ Jatuh Basikal Akibat Jalan Berlubang

Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.