in

Doktor Ini Terlanggar Kereta Masa Memandu, Tapi Apa Jadi Sebaliknya Buat Dia Terkejut

Doktor 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mesti pernah rasa keletihan melampau selepas penat bekerja sehari suntuk.


Akibat keletihan, ada kes mereka yang sampai mengalami kemalangan atau nyaris menghadapinya. Bahaya, kan?

Tertidur di lampu isyarat

1 Ramadan lalu, Dr. Aniah Azmi yang juga seorang pakar mata berkongsi kisahnya yang hampir kemalangan selepas penat bekerja di klinik dan menjadi pensyarah.

Katanya, dia tertidur semasa berhenti di lampu isyarat berdekatan rumahnya lalu terlanggar kenderaan milik Dr. Loges yang bekerja di Kementerian Pendidikan.

Page 2
sumber: facebook

Mereka kemudian memandu ke jalan yang tak sibuk sebelum Dr. Loges turun dari keretanya, berjabat tangan lalu memperkenalkan dirinya.

Doktor 8
sumber: facebook

Mengakui kesilapannya, Dr. Aniah terus meminta maaf dan memberitahu dia tertidur waktu itu.

“Dia kata tak apa..”

Menariknya, Dr. Loges faham kepenatan Dr. Aniah lebih-lebih lagi sebab kita baru saja menyambut hari pertama Ramadan.

Dia juga mencadangkan agar Dr. Aniah pulang dan berbuka puasa dahulu sebelum membuat laporan polis.

39162696 10156416000828467 813154089293578240 O
sumber: facebook

“Apa yang buatkan saya lagi terharu dengan sikapnya ialah apabila saya menghantar mesej memohon maaf, dia kata tak apa dan dia faham lalu mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa'”, kata Dr. Aniah.

Wow baiknya hati Dr. Loges! Sangat bertimbang rasa dan baik pula tu. Tengoklah jawapan balas Dr. Loges ni.

Doktor 3.1
sumber: facebook

Malah menurut Dr. Aniah lagi, apabila bertemu di balai polis mereka terus ngam dan jadi kawan.

“Proud moment of being truly Malaysians”

Inilah Malaysia yang kita kenal. Walaupun kita berbilang bangsa dan agama tapi kita tak ada pun nak bergaduh sebenarnya.

Doktor 6
sumber: facebook
Doktor 5
Sumber: facebook
Doktor 4
sumber: facebook

Alangkah baiknya kalau semua orang dapat kekalkan persahabatan tanpa kira perbezaan bangsa dan agama mahupun fahaman politik macam ni.

Macam mana sekalipun, peringatan buat ibubapa di luar sana. Kalau terlalu penat, pastikan anda mendapat rehat secukupnya sebelum memandu.

Sayangi bukan sahaja nyawa anda malah pengguna jalan raya lain.

Baca: “Respect”-Feri Rosak Tak Sempat Berbuka, Aunty Dan Pemuda Cina Offer Makanan Mereka Pada Penumpang Muslim

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.